Berita Harian

Van Huizen mahu ulangi tuah

Pengalaman beraksi di Dhaka diharap mudahkan laluan ke final

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen berharap Dhaka, Bangladesh akan sekali lagi membawa tuah kepada barisan pemainnya menjelang saingan Piala Asia dari 11 hingga 22 Oktober ini selepas muncul juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia, Mac lalu.

Van Huizen berkata, dengan pengalaman beraksi di sana, barisan pemainnya seharusnya mampu menyesuaik­an diri dengan cepat dan menterjema­hkan aksi cemerlang ketika di atas padang sekali gus memenuhi sasaran untuk mara ke final.

Untuk rekod, skuad negara belum pernah sekali pun melangkah ke final dengan pencapaian terbaik meraih tempat ketiga pada 2007.

“Saya rasa pemain sudah biasa dengan padang di sana dan begitu juga dengan cuaca yang agak panas.

Terbang Ahad ini

“Kami juga akan tinggal di hotel sama ketika pusingan kedua sebelum ini. Bermakna, pemain sudah biasa dengan makanan dan suasana sekeliling.

“Hotel juga tidaklah begitu jauh dengan stadium,” katanya.

Jelas Stephen, atas faktor itu skuad negara tidak pergi ke Dhaka terlalu awal, sebaliknya hanya akan terbang pada Ahad ini.

“Memang tak dinafikan pengalaman beraksi di Dhaka akan memberi banyak manfaat kepada kami pada kali ini.

“Seramai 14 daripada 18 pemain yang terpilih untuk misi kali ini pernah beraksi di pusingan kedua, Mac lalu,” katanya.

Malaysia muncul juara pusingan kedua dengan menewaskan China menerusi penentuan penalti 5-3 untuk ayak beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, Jun lalu di London yang menyaksika­n skaud negara menamatkan saingan di kedudukan keempat sekali gus layak ke Piala Dunia 2018 Bhubaneswa­r, India.

 ??  ?? Nik Muhammad Aiman tak tersenarai hadapi saingan Piala Asia di Dhaka.
Nik Muhammad Aiman tak tersenarai hadapi saingan Piala Asia di Dhaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia