Berita Harian

Kedah nafi Baddrol, Amirul sertai JDT

-

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan berita yang mengatakan dua tonggak utama iaitu Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hisyam Awang Kecik akan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim depan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata perkara itu tidak benar dan ia tidak pernah dinyatakan oleh pemain berkenaan kepada pihak pengurusan KFA berhubung hasrat ingin meninggalk­an pasukan Kedah.

“Ini mungkin khabar angin yang datang daripada sumber yang tidak sahih kerana belum ada pemain yang menyatakan hasrat meninggalk­an kelab kepada pihak pengurusan KFA.

“Kita telah mengadakan perbincang­an bersama semua pemain sebelum ini dan kita nampak mereka masih berminat untuk terus menyarung jersi Kedah dan begitu juga KFA berminat untuk terus mengekalka­n semua pemain,” kata nya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Masih percaya Nidzam

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung khabar angin tentang perpindaha­n Baddrol dan Amirul Hisyam ke JDT yang mula tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang surat berhubung hasrat Mohd Nidzam Adzha Yusoff ingin menarik diri daripada ketua jurulatih Kedah.

“Kita masih menaruh kepercayaa­n kepada Mohd Nidzam untuk terus membimbing pemain Kedah dan ingin saya nyatakan di sini bahawa setakat ini di kem Kedah memang tiada berita berhubung dua perkara ini,” katanya.

Kedah bakal bertemu FELDA United FC di Stadium Tun Abdul Razak pada 15 Okt ini bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017.

 ??  ?? Baddrol Bakhtiar
Baddrol Bakhtiar
 ??  ?? Amirul Hisyam Awang Kecik
Amirul Hisyam Awang Kecik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia