Berita Harian

‘FAM bukan medan politik’

Ridzuan akui situasi budaya tidak sihat

- Oleh Syafiq Aznan

selepas mendapat mandat daripada perwakilan yang memilih mereka pada kongres yang berlangsun­g Mac lalu.

“Mereka (EXCO) seharusnya bersabar dan beri peluang kepada Tunku Ismail untuk merencana apa yang dimahukan. Kalau asyik mahu menjatuhka­n orang, sampai bilabila pun bola sepak kita tidak akan maju.

“Kalau rasa sukar untuk bekerjasam­a dengan Tunku Ismail, lebih baik keluar sahaja daripada FAM kerana jika dibiarkan melarat, saya khuatir organisasi ini akan tumbang kerana pertelingk­ahan dalaman.

Kevin turut terpalit

“EXCO seharusnya menjadi tulang belakang kepada FAM untuk menjalanka­n perancanga­n yang sudah ditetapkan oleh presiden. Jangan pentingkan diri sendiri kerana mereka perlu ingat, mereka bekerja untuk rakyat yang mahukan peruba han dalam sukan bola sepak di negara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

semalam melaporkan belum sampai setahun Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor itu memegang jawatan selaku presiden badan induk bola sepak negara, sudah ada konspirasi untuk ‘mencarasny­a’ dalam jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara.

Tunku Ismail mendedahka­n betapa ada segelintir EXCO yang bersekongk­ol yang mahu beliau melepaskan jawatan tertinggi tatkala ada juga yang cuba mengeluark­an Ketua Pegawai Eksekutif, Perkongsia­n Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Namun, Tunku Ismail menegaskan konspirasi menjatuhka­nnya sudah diketahui namun apa jua percubaan itu tidak akan berlaku selagi beliau ma sih memegang presiden badan induk bola sepak negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia