Berita Harian

Adam sedia berganding dengan Shahrom

-

Petaling Jaya: Tonggak pertahanan Selangor, Adam Nor Azlin bersedia menggalas tanggungja­wab besar sekiranya dipilih untuk digandingk­an bersama Shahrom Abdul Kalam dalam aksi penting Kelayakan Kejohanan AFC 2019 bertemu Hong Kong, Selasa ini.

Adam, 21, disenaraik­an pengendali negara, Nelo Vingada bagi menggantik­an pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Aidil Zafuan Abdul Razak yang digantung ekoran menerima dua kad kuning ketika menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat, 5 September lalu.

“Jika diturunkan saya bersedia berganding dengan Shahrom atau sesiapa saja di pertahanan tengah.

“Memang ini pengalaman pertama saya dapat beraksi bersama skuad senior sekiranya diturunkan nanti, pastinya saya cukup teruja untuk bermain.

Tahap berbeza

“Pengalaman di skuad B22 tak sama dengan pasukan senior kerana tahap kompetatif­nya jauh lebih mencabar. Dengar pula mereka (Hong Kong) membariska­n ramai pemain naturalisa­si, sudah tentu saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Begitupun, sama ada saya atau pemain lain yang diturunkan tidak menjadi masalah kerana tugas dan misi adalah sama iaitu tidak mahu gawang dibolosi,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

Dia yang beraksi cemerlang ketika bersama skuad bawah 22 tahun negara (B22) berjaya meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu.

Selain itu, pemain kelahiran Klang itu turut membantu pasukan B22 kendalian Datuk Ong Kim Swee layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B23 di China tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia