Berita Harian

Vingada kecewa ‘taktik kotor’ HK

Tuan rumahguna 10 pemain naturalisa­si untuk buru kemenangan sulung

- Oleh Firdaus Hashim

Pengendali Harimau Malaya

Taktik ‘kotor’ Hong Kong membawa masuk 10 pemain baharu naturalisa­si menjelang aksi getir berdepan Malaysia di Kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2019 nyata tidak digemari Nelo Vingada.

Pengendali Harimau Malaya itu berkata, tindakan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Kim Pan-gon itu jelas menunjukka­n mereka begitu terdesak untuk meraih kemenangan apabila sanggup memberi taraf naturalisa­si kepada pemain yang langsung tiada kaitan dengan negara itu.

“Sejujurnya, saya tak gemar cara mereka menyediaka­n pasukan menggunaka­n pemain yang tiada kaitan dengan sejarah negara itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

“Tapi jika pemain naturalisa­si itu ada darah campuran atau nenek moyang mereka berasal dari sana, itu tidak menjadi masalah bagi saya.

Tiada semangat kesukanan

“Masalahnya apabila mereka tidak menghormat­i semangat kesukanan dan terlalu memikirkan kemenangan sebagai misi utama. Kita juga mempunyai pemain naturalisa­si, tetapi pemain kita ada hubungan darah yang rapat di sini,” katanya.

Untuk rekod, Vingada menyenarai­kan tiga pemain berdarah kacukan iaitu dua tonggak Pahang - Kiko Insa dan Matthew Davies, serta penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Darren Lok.

Selepas seri 1-1 di Stadium Hang Jebat pada 5 September lalu, Pan-gon melakukan rombakan bagi aksi kedua di Stadium Hong Kong, Selasa ini dengan membariska­n 10 pemain naturalisa­si termasuk tiga penyerang - James Stephen Ghee (England), Jorge Tarres Paramo (Sepanyol) dan Godfred Karikari (Ghana).

Berangkat awal

Selain mahu menajamkan bahagian serangan, mereka turut memperkuat­kan benteng pertahanan dengan menyenarai­kan tiga pemain naturalisa­si, Daniel Cancela dan Fernando Recio Comi (Sepanyol) serta Roberto Orlando Affonso (Brazil).

“Saya tetap percaya dengan kemampuan pasukan untuk menghadapi saingan, biarpun mereka bakal turun dengan kekuatan baru. Saya tak takut, malah lebih yakin dengan peluang kita mencipta kemenangan di sana.

“Mereka perlukan masa untuk membentuk keserasian. Jadi inilah kesempatan terbaik mengejutka­n tuan rumah,” katanya.

 ?? [ FOTO RASUL AZLI SAMAD / BH ] ??
[ FOTO RASUL AZLI SAMAD / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia