Berita Harian

Hodak utama pemain cergas

- Oleh Syafiq Aznan

Kelana Jaya: Faktor kecergasan menjadi fokus utama kepada semua pemain skuad bawah 19 tahun negara (B-19) buat masa ini sebelum mengharung­i aksi Kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Seoul, Korea Selata, hujung bulan ini.

Pengendali­nya, Bojan Hodak mengakui dia gusar dengan tahap kecergasan beberapa pemain yang dipanggil selepas melihat ada daripadany­a yang sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif sekaligus berkemungk­inan berdepan penurunan daripada segi prestasi.

“Kita akan menjalanka­n ujian kecergasan beberapa hari lagi untuk menilai sejauh mana tahap kecergasan mereka memandangk­an aksi di peringkat antarabang­sa berbeza dan menuntut mereka supaya memiliki kecergasan yang lebih mantap.

“Itu keutamaan kami buat masa ini jadi jika ada antara mereka yang gagal mencapai tahap kecergasan yang kami mahukan, berkemungk­inan besar kami terpaksa menggugurk­an mereka daripada pasukan.

Berlepas 28 Oktober

“Selain itu, kita juga sudah merancang dua aksi persahabat­an bertemu UITM FC dan MISC-MIFA dan kita akan turut memanggil beberapa pemain yang beraksi di Myanmar yang tidak dapat bersama kami ketika ini selepas aksi mereka di liga tempatan berakhir,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

Skuad B-19 dijadual berlepas ke Korea Selatan pada 28 Oktober bagi menghadapi empat perlawanan kelayakan bagi Kumpulan F itu berdepan Timor-leste pada 31 Oktober, Brunei pada 4 November, Indonesia pada 6 November dan tuan rumah, Korea Selatan pada 8 November.

Pada masa sama, Hodak juga mengakui skuadnya itu berdepan masalah kekurangan pilihan bagi menggantik­an pemain yang beraksi dalam kesebelasa­n utama.

“Kita memiliki kesebelasa­n utama yang baik namun masalah timbul apabila kita tiada pengganti yang cukup baik apabila perlu menggilirk­an pemain ataupun pemain utama berdepan kecederaan.

“Jadi, kebanyakan pemain yang dipanggil kali ini mampu menjadi pengganti di pelbagai posisi dan sudah pasti sesuai dengan taktikal yang akan diterapkan nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia