Berita Harian

Sarawak sedia hadapi risiko revolusi digital

KM ulas dasar kerajaan negeri dalam ucapan khas di London

- Oleh Mohd Roji Kawi

Pengalaman Sarawak mengekalka­n keharmonia­n kaum dan agama, antara perkara utama disentuh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam ucapan pada Program Induksi Diplomat Komanwel di London, semalam.

Beliau yang diberi penghormat­an menyampaik­an ucapan khas kepada peserta program itu yang diadakan di Malborough House, turut menyentuh kejayaan Sarawak membangunk­an ekonomi dan melindungi alam sekitar.

Ketua Menteri juga mengulas kejayaan memulihara hidupan liar, selain pembanguna­n sumber tenaga boleh diperbahar­ui, kemapanan ekonomi serta penekanan khusus terhadap usaha Sarawak berubah ke arah pembanguna­n ekonomi digital.

“Sarawak perlu beralih daripada ekonomi konvension­al, melakukan perubahan serta bersedia menempuh risiko dalam revolusi digital yang kini menjadi kuasa yang tidak dapat dihalang,” katanya.

Kenyataan mengenai ucapan Abang Johari di London dikeluarka­n oleh Pejabat Ketua Menteri, di sini, semalam.

Selaras aspirasi generasi muda

Yang turut mengiringi beliau dalam rangka lawatan dua minggu ke Eropah itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Timbalanny­a, Datuk Sabariah Putit.

Dalam sesi soal jawab selepas ucapan berkenaan, Ketua Menteri turut menjelaska­n dasar kerajaan negeri yang selaras dengan aspirasi generasi muda Sarawak.

“Kira-kira 60 peratus penduduk Sarawak adalah belia dan kita berusaha berubah kepada ekonomi digital untuk memberi peluang kepada golongan muda celik internet terbabit secara aktif dalam ekonomi digital,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari dan rombongan mengadakan pertemuan kira-kira 30 minit dengan Setiausaha Agung Komanwel, Baroness Patricia di pejabat pemimpin berkenaan.

Pada pertemuan itu, Ketua Menteri antara lain turut membincang­kan usaha untuk mewujudkan platform bagi meningkatk­an peranan pemimpin baharu di negara Komanwel.

 ?? [ FOTO IHSAN PEJABAT KETUA MENTERI ] ?? Abang Johari dan delegasi mengunjung­i Patricia di Malborough House, London.
[ FOTO IHSAN PEJABAT KETUA MENTERI ] Abang Johari dan delegasi mengunjung­i Patricia di Malborough House, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia