Berita Harian

Usaha bersepadu tangani HIV/AIDS

-

Kuching: Kerjasama pelbagai agensi kerajaan diperlukan bagi mewujudkan pendekatan secara menyeluruh dalam usaha mencegah penularan HIV/AIDS di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata inisiatif itu juga akan menggalakk­an saringan serta rawatan terhadap individu disahkan positif HIV/AIDS.

Katanya, pendekatan menyeluruh yang dilaksanak­an pelbagai agensi kerajaan berkaitan juga mampu mengurangk­an stigma masyarakat terhadap penghidap dan pembawa virus berkenaan.

“Kementeria­n saya akan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak, khususnya agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, ketua masyarakat dan pemimpin agama dalam mencari pendekatan berkesan menangani HIV/AIDS.

“Pendekatan itu bukan sahaja untuk mencari kaedah membendung penyebaran­nya, tetapi juga cara berkesan untuk memperbetu­lkan persepsi masyarakat terhadap pesakit,” katanya.

Halang penyebaran baharu

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas kunjungan hormat ke atas Pengarah Wilayah Program HIV/AIDS Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIAIDS), Eamon Murphy di Bangkok, Thailand, semalam.

Yang turut menyertai kunju- ngan itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n serta Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Fatimah berkata, walaupun situasi HIV/AIDS di Sarawak dalam keadaan terkawal, penyebaran menerusi hubungan seksual, terutama seks bebas terus menjadi cabaran utama.

“Pendekatan kerajaan negeri sejajar langkah dilaksanak­an Persatuan Prihatin AIDS Sarawak, iaitu menghalang penyebaran baharu HIV, menangani stigma dan diskrimina­si, menyediaka­n bantuan sokongan dan melindungi hak penghidap HIV/AIDS,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN PENRANGAN / BH ] ?? Fatimah (empat dari kanan) ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Murphy di Bangkok, Thailand.
[ FOTO IHSAN JABATAN PENRANGAN / BH ] Fatimah (empat dari kanan) ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Murphy di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia