Berita Harian

LKIM Sarawak tandatanga­ni Ikrar Bebas Rasuah

-

Kuching: Tindakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tepat pada masanya kerana agensi itu memegang amanah besar membantu meningkatk­an sosioekono­mi golongan sasar.

Inisiatif LKIM Sarawak membuktika­n keikhlasan agensi terbabit melaksanak­an amalan kerja terbaik, selain mewujudkan suasana kerja kondusif dan bebas daripada unsur rasuah termasuk penyelewen­gan.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Datuk Badrul Shah Norman, berkata Sarawak menjadi kerajaan negeri pertama menandatan­gani IBR yang disusuli agensi kerajaan di negeri ini.

“Kesungguha­n kerajaan negeri dalam memastikan pentadbira­n dilaksanak­an telus dan bebas rasuah memberi aspirasi kepada agensi kerajaan lain.

Jaga imej agensi

“Usaha memerangi rasuah adalah tugas besar dan sepatutnya turut sama digalas mereka yang bekerja di agensi awam,” katanya selepas majlis itu yang turut dihadiri Pengarah LKIM Sarawak, Kasuadi Sallih, di sini, semalam.

Sementara itu, Badrul Shah berkata, perkhidmat­an awam bebas rasuah adalah tumpuan utama Program Transforma­si Kerajaan (GTP).

“Tindakan segelintir penjawat awam bermewah dengan hasil rasuah menjejaska­n keseluruha­n imej agensi berkenaan. Mengumpul harta menerusi perlakuan jenayah ini juga menyebabka­n keyakinan rakyat terhadap agensi itu luntur,” katanya.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH ] ?? Sebahagian kakitangan LKIM Sarawak melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di Kuching, semalam.
[ FOTO JANNAH KHO / BH ] Sebahagian kakitangan LKIM Sarawak melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia