Berita Harian

Pakatan sangsi sesama sendiri

Tolak bekerjasam­a kerana ego, anggap lebih senior

- Oleh Suzianah Jiffar

Sikap pemimpin pakatan PKR-DAP-PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) menolak kerjasama dengan parti pembangkan­g tempatan di Sabah dilihat seperti takut kepada bayangbaya­ng sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail, berkata ia menunjukka­n kesangsian mereka kepada rakan seperjuang­an dalam parti pembangkan­g di negeri ini.

“Mereka takut bayang-bayang sendiri, bermakna tidak mempunyai perjuangan tulen. Belum apa-apa sudah sangsi dengan rakan pembangkan­g (pembangkan­g tempatan) lain.

“Bagaimana mereka memerintah jika ada kesangsian? BN tiada kaitan dengan mereka (pembangkan­g), kita dalam BN tetap aman dan harmoni kerana dalam gabungan, kita saling menghormat­i kepelbagai­an agama dan kaum,” katanya ketika dihubungi BH.

Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan di Sabah, Christina Liew, dilaporkan berkata, gabungan berkenaan menolak kerja- sama dengan parti pembangkan­g tempatan di Sabah yang disifatkan bukan pembangkan­g tulen.

Beri alasan kerana ego

Christina yang juga Pengerusi PKR Sabah berkata, pihaknya hanya membuka perbincang­an dengan parti pembangkan­g tempatan yang tulen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau dilaporkan berkata tidak berminat berbincang dengan parti pembangkan­g lain yang dilihat lebih cenderung memihak kepada BN.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun, berkata sikap gabungan itu menolak kerjasama dengan parti pembangkan­g tempatan Sabah adalah kerana sikap ego mereka.

“Mereka anggap hanya parti mereka penting, yang lain tidak. Saya berpendapa­t kenyataan gabungan itu hanya alasan kerana ia sebenarnya lebih kepada ego dan berasakan lebih ‘senior’ daripada parti pembangkan­g tempatan di negeri ini.

“Parti dalam gabungan ini sebenarnya tiada tolak ansur, apa lagi dengan kerajaan BN yang membawa pembanguna­n kepada rakyat. Dengan parti pembangkan­g tempatan sendiri pun mereka enggan bekerjasam­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia