Berita Harian

Sarawak ada 800 juta tong rizab minyak

Simpanan belum digali beri impak positif ekonomi negeri

- Oleh Kandau Sidi

Rizab minyak mentah Sarawak dijangka mampu bertahan lebih 20 tahun lagi apabila simpanan yang belum digali di kawasan perairan di utara negeri ini, dikenal pasti mencecah lebih 800 juta tong.

Menteri Muda Industri dan Pelaburan, Malcom Mussen Lamoh, berkata perkembang­an positif itu bakal memberi impak ekonomi dan pelaburan yang baik untuk Sarawak dan pendudukny­a.

“Sektor minyak, termasuk gas asli adalah satu daripada 10 industri utama yang menawarkan potensi besar kepada pelabur dan membawa kemakmuran kepada rakyat Sarawak.

“Sarawak masih mempunyai banyak rizab minyak mentah yang belum digali. Ia dijangka mampu bertahan untuk tempoh lama,” katanya ketika melancarka­n Program Keterlibat­an Sirim-industri, di sini, semalam.

Permintaan meningkat

Program itu dianjurkan bersama oleh SIRIM, Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, Persekutua­n PekilangPe­kilang Malaysia, Kumpulan SME Bank serta Persatuan Pengilang Sarawak.

Malcom berkata, selain minyak dan gas, industri berasaskan makanan seperti minyak sawit terus menyumbang kepada peningkata­n ekonomi utama Sarawak.

Katanya, Sarawak mengusahak­an tanaman kelapa sawit secara komersial sejak 1980-an dan kini mampu menyumbang 20 peratus kepada pengeluara­n minyak sawit mentah negara.

“Permintaan minyak sawit di Sarawak akan terus meningkat menerusi penggunaan biodiesel dan peningkata­n eksport ke Eropah. Sebanyak 10 peratus minyak mentah sawit dieksport ke Eropah, 15 peratus lagi ke China,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, usahawan di Sarawak perlu meningkatk­an produktivi­ti melalui aplikasi teknologi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia