Berita Harian

JSS anjur bengkel gilap bakat penulisan kreatif

-

Kota Kinabalu: Persatuan Jom Sastera Sabah (JSS) menganjurk­an Bengkel Penulisan Kreatif khusus untuk memberi pendedahan asas penulisan kreatif kepada pelajar sekolah di dua daerah pantai timur Sabah.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah serta Kelab Penulis dan Aktivis Seni Kinabatang­an (KAPUK).

Bengkel itu membabitka­n pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinangah di Telupid dan 60 pelajar dari Sandakan, iaitu SMK Libaran, SMK Elopora Bestari, SMK Datuk Pengiran Galpam, SM Tiong Hua, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens, SMK Muhibbah dan SMK Merpati.

Dedah asas penulisan

Program berkenaan memberi pendedahan asas penulisan cerpen dan puisi kepada pelajar Tingkatan Satu hingga praunivers­iti.

Ketua Biro JSS, Noor Aisyah Maidin, berkata pihaknya lebih memfokuska­n teknik penulisan kreatif bermula dari peringkat sekolah, khususnya memberi pendedahan awal dan mengasah bakat menulis pelajar.

“Kami juga berkongsi kaedah mengolah idea, pengenalan bentuk puisi tradisiona­l dan moden serta menyentuh sedikit mengenai sukatan pelajaran subjek Kesusaster­aan Melayu sekolah menengah.

Bimbingan berterusan

“Kami membimbing secara berterusan sambil memantau perkembang­an mereka menghasilk­an karya melalui laman kumpulan Facebook ahli persatuan JSS,” katanya.

Guru Bahasa Melayu dan Kesusaster­aan Melayu itu berkata, pengalaman penulis persatuan seperti JSS dan KAPUK dari pelbagai latar belakang sangat membantu dalam usaha berkenaan.

Penulis JSS dan KAPUK terdiri daripada pendidik, wartawan, pemuzik, bekas tentera dan juruukur turut berkongsi penulisan mereka kepada pelajar.

“Bagi JSS yang mengamalka­n kaedah komunikati­f dalam mengajar teknik penulisan kreatif, ia sangat membantu pelajar untuk lebih semangat berkarya di samping membantu mereka cepat memahami apa yang diajar," katanya. Ketua Biro JSS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia