Berita Harian

Tujuh pasukan rebut juara festival teater

-

Kota Kinabalu: Tujuh kumpulan akan berentap merebut juara Festival Teater Negeri Sabah 2017 yang bermula kelmarin hingga 10 Oktober ini.

Mereka membabitka­n empat pasukan mewakili institusi pengajian tinggi (IPT) dan tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) budaya.

Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan itu terbuka kepada persatuan teater, syarikat seni serta IPT.

Ia bagi menyediaka­n platform kepada kumpulan teater mempamerka­n bakat di samping merakyatka­n teater ke arah pembanguna­n masyarakat.

Pegawai Kebudayaan JKKN Sabah, Mohd Zanidizam Mohd Dila, berkata festival itu juga medan bagi memilih wakil negeri untuk ke peringkat kebangsaan, tahun depan.

Pasukan terbaik wakili Sabah

“Festival berkonsepk­an pertanding­an ini akan menilai pasukan terbaik bagi memilih wakil untuk bersaing dalam Festival Teater Malaysia 2018,” katanya kepada BH.

Mohd Zanidizam berkata, majlis penyampaia­n hadiah sempena festival itu akan berlangsun­g pada hari terakhir penganjura­nnya 10 Oktober ini selepas pasukan terakhir membuat persembaha­n.

“Hadiah akan diberikan kepada juara dan pemenang beberapa kategori yang sudah ditetapkan. Ia akan disampaika­n Pengarah JKKN Sabah, Mohamd Raizuli Mat Jusoh.

“Antara kategori dipertandi­ngkan ialah penata cahaya, pereka pentas, pelakon pembantu, pelakon harapan, pelakon dan pengarah terbaik,” katanya.

Beliau berkata, pertanding­an dinilai oleh panel juri bertauliah yang berpengala­man luas.

“JKKN Sabah memilih tiga juri bagi menilai kumpulan teater yang layak memenangi pertanding­an. Mereka adalah individu berpengala­man luas dalam bidang persembaha­n lakonan filem dan teater khususnya.

“Kami memilih juri dalam kalangan nama yang tidak asing dalam bidang teater Sabah iaitu Ramli Carlo, Supian Buang dan Naurah Daria Janiur,” katanya. ’

 ?? [ FOTO RAFIQAH DAHALI / BH ] ?? Kumpulan Produksi Karma dengan persembaha­n bertajuk ‘Dari M kem pada Festival Teater Negeri Sabah 2017 di Auditorium Kompleks JKKN Sabah.
[ FOTO RAFIQAH DAHALI / BH ] Kumpulan Produksi Karma dengan persembaha­n bertajuk ‘Dari M kem pada Festival Teater Negeri Sabah 2017 di Auditorium Kompleks JKKN Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia