Berita Harian

Nuan Nuan balik China minggu depan

Haiwan peliharaan Abdul Malek terlatih kutip pelbagai jenis buah

- Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Jika sebelum ini beruk dikenali dengan kemahirann­ya memetik buah kelapa, namun dua mamalia jantan di Kampung Lekok, Paya Rumput di sini, itu mampu melakukan perkara sama pada pelbagai jenis pokok berbuah seperti jering, petai, sentul dan durian.

Rainbow dan Bujang, masingmasi­ng yang juga haiwan dikenali dengan nama saintifikn­ya, Macaca nemestrina itu dimiliki oleh Abdul Malek Alias, 63, berasal dari Paya Rumput, Alor Gajah.

Abdul Malek kini tidak perlu memikirkan pelbagai cara untuk memanjat sendiri pokok buah walaupun dia mampu, apabila adanya dua ‘anak buahnya’ itu berbuat demikian.

Dia hanya mengarahka­n beruk jantan terlatih itu memanjat pokok buah seperti petai dan durian, kemudian menggigit tangkai buah, sebelum dicampak ke tanah.

Dibeli secara berasingan

Abdul Malek berkata, Bujang dan Rainbow dibelinya secara berasingan daripada seorang rakan dari Kelantan dengan harga masingmasi­ng, kira-kira RM800 seekor pada 2015.

Malah, beliau turut mempunyai lesen memiliki kedua-dua beruk itu yang kini berusia tiga tahun.

“Sebelum ini saya banyak pelihara beruk dan menjualnya semula sejak 1986. Bela pun hanya sekadar suka-suka saja dan apabila ada permintaan (memetik petai atau kelapa), barulah saya akan membawa mereka memetik buah.

“Mereka (Bujang dan Rainbow) sememangny­a dilatih untuk memetik, selain buah kelapa dari awal. Justeru, kemahiran binatang ini memetik pelbagai buah semakin luas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lekok, Paya Rumput di sini.

Bekas pekerja am rendah itu berkata, memetik kelapa lebih mudah kerana beruk boleh duduk di celah pelepah sambil menggigit tangkai kelapa atau memusing buah itu, sebelum menolak menggunaka­n kaki untuk dicampak ke bawah.

“Bagaimanap­un, cara memetik buah lain seperti petai tidak sama dengan memetik kelapa. Petai berada di hujung dahan dan beruk yang sesuai untuk memetiknya adalah yang bersaiz kecil kerana ia mudah dan selamat berpaut pada hujung dahan berkenaan,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu.

Lebih cepat penat

Katanya, beruk juga lebih cepat penat ketika memanjat pokok kelapa kerana tanpa dahan, berbanding pokok petai mempunyai banyak dahan yang memudahkan haiwan itu berpaut.

“Kadangkala, Bujang dan Rainbow boleh memetik semua petai pada satu pokok antara tempoh sejam atau setengah hari bergantung kepada tahap kerajinan.

“Ada kalanya mereka malas dan membuat kerja sambil lewa. Ada juga satu ketika ‘naik minyak’ disebabkan ‘ternampak’ beruk betina atau terlalu dimanjakan,” katanya berseloroh.

Abdul Malek berkata, penjagaan beruk juga mudah, malah makanan kesukaan mereka kebanyakan­nya adalah telur, keledek, pisang dan nasi.

“Apabila ada antara mereka yang sakit, saya akan menghantar ke Jabatan Veterinar untuk dapatkan rawatan,” katanya.

Anak lelaki Abdul Malek, Mohd Sufian, 24, turut membantu membawa dua haiwan itu memetik buah sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

“Saya kemudian menjual empat papan petai pada harga RM3, jering pada harga RM3 sekilogram dan RM4 bagi sebiji kelapa,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO HASSAN OMAR/BH] ?? Kerja Abdul Malek memetik kelapa semakin mudah apabila dibantu beruk jantan peliharaan­nya di Kampung Lekok, Paya Rumput, Melaka.
[FOTO HASSAN OMAR/BH] Kerja Abdul Malek memetik kelapa semakin mudah apabila dibantu beruk jantan peliharaan­nya di Kampung Lekok, Paya Rumput, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia