Berita Harian

Pihak ‘kepanasan’ mahu jatuhkan reputasi Dzulkifli

-

Kuala Lumpur: Cubaan pihak tertentu mengaitkan Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan klip video yang didakwa pegawai kanan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada hubungan sulit dengan isteri orang, bertujuan menjatuhka­n reputasi dan kredibilit­i Ketua Pesuruhjay­a SPRM itu.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tunku Aziz Tunku Ibrahim, berkata pihak terbabit cuba menggunaka­n isu moral untuk tujuan berkenaan berikutan tindakan Dzulkifli yang giat memerangi rasuah di semua peringkat.

“Nasihat saya, pedulikan dakwaan pihak yang kepanasan, sebaliknya tumpu pada tugas,” katanya di sini, semalam.

Tunku Aziz berkata, tindakan pihak terbabit membuktika­n Dzulkifli berada pada landasan tepat dalam memerangi rasuah habis-habisan, terutama dalam kalangan ‘ikan jerung’ yang menyebabka­n pihak terbabit menggunaka­n ‘helah lama’ mempersoal­kan moral individu.

Dakwa SPRM hanya tangkap ikan bilis

“Selama ini banyak pihak terutama pembangkan­g mengadu SPRM hanya tangkap ikan bilis bukan ikan jerung, tetapi di bawah Dzulkifli, SPRM tidak begitu. Setiap hari, setiap minggu ada saja individu yang ditahan kerana rasuah dibawa ke muka pengadilan.

“Ramai ahli politik korup tidak senang duduk. Jadi mereka mahu jatuhkan beliau dengan persoalkan moral melalui skandal.

“Perkara ini dibuat untuk menjatuhka­n individu, menjejaska­n reputasi dan kredibilit­i supaya orang memandang remeh SPRM,” katanya.

Sebelum ini, polis mengesahka­n menerima aduan mengenai seorang pegawai kanan SPRM yang didakwa ada hubungan sulit dengan isteri orang melalui penyebaran klip video di Youtube.

Ia susulan laporan polis yang dibuat oleh individu tertentu mengenai video skandal itu seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina.

Tunku Aziz berkata, Dzulkifli seharusnya menumpukan kepada tugas dan tidak mempedulik­an cubaan jahat pembangkan­g mengenai video itu.

“Ini buktikan bahawa beliau lakukan tugas dengan betul (pencegahan rasuah) dan pihak berkenaan takut,” kata Tunku Aziz mendakwa isu itu akan dieksploit­asikan sebagai kempen politik.

 ??  ?? Tunku Aziz Tunku Ibrahim
Tunku Aziz Tunku Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia