Berita Harian

Malaysia pasaran penting Sany Group di Asia Tenggara

Pengeluar jentera pembinaan China turut berminat bangunkan bakat tempatan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Pengeluar jentera pembinaan terkemuka China, Sany Group, melihat Malaysia antara pasaran penting di Asia Tenggara untuk pertumbuha­n perniagaan­nya.

Pembantu Presiden, Penga- rah Pejabat Presiden Sany Heavy Industry Co Ltd, Chen Jing, berkata Sany Group memasuki pasaran negara ini pada 2007 dan jualan yang dicatatkan ketika ini adalah kira-kira satu bilion renminbi (RM640 juta).

Beliau berkata, syarikatny­a juga terbabit dalam kerja pembinaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) serta bekerjasam­a dengan pihak di negara ini bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah program, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Sedia kongsi kepakaran

Chen berkata, Sany Group juga berminat untuk berkongsi kepakaran dalam membangunk­an bakat di pasaran negara yang ia mempunyai operasi.

“Kami mahu mengukuhka­n hubungan dengan negara Asia Tenggara. Hasrat kami bukan sahaja menjual jentera yang dikeluarka­n kami, tetapi bersedia dalam membangunk­an bakat tempatan,” katanya pada taklimat media di Changsha, Hunan, China baru-baru ini.

Taklimat media itu diadakan sempena program Lawat China 2017 yang dianjurkan Kementeria­n Hubungan Luar China dan Suruhanjay­a Pembanguna­n dan Pembaharua­n Kebangsaan China (NDRC) membabitka­n 10 wartawan dari Filipina, Thailand, Malaysia dan Indonesia bermula 21 hingga 30 September lalu.

Pengeluar kelima terbesar di dunia

Chen berkata, perniagaan Sany Group di Asia Tenggara terbahagi kepada tiga, iaitu jentera yang digunakan untuk pembinaan, pembanguna­n laluan kereta api dan loji jana kuasa angin.

Beliau berkata, negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina adalah pasaran penting bagi rancangan pengembang­an perniagaan kumpulan pada masa depan.

Katanya, Sany Group sudah membeli tanah di Indonesia dan kini dalam pembinaan kilang pengeluara­n jentera pembinaan di negara itu.

“Ketika ini, kami mencatatka­n jualan lebih dua bilion renminbi (RM1.3 bilion) bagi pasaran Asia Tenggara,” katanya.

Sany Group diasaskan pada 1989 dengan sebagai kilang kimpalan bersaiz kecil. Kini, ia menjadi pengeluar jentera pembinaan terbesar China dan kelima terbesar di dunia.

Ia juga tersenarai dalam 500 syarikat terkemuka dunia membabitka­n industri jentera pembinaan.

 ??  ?? Antara jentera pembinaan dikeluarka­n Sany Group.
Antara jentera pembinaan dikeluarka­n Sany Group.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia