Berita Harian

SULTAN JOHOR CERIA BERSAMA PEWARIS TAKHTA

-

Kota Kinabalu: Kerajaan menyanjung tinggi pandangan, nasihat dan teguran Sultan Johor berhubung isu pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang didakwa mengeluark­an kenyataan menghina baginda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya sudah menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor dan kini menunggu titah baginda.

Sanjung pandangan, teguran

“Kita sudah hantar surat dan menunggu titah Tuanku (untuk menghadap). Kita menyanjung tinggi pandangan, nasihat dan juga teguran Tuanku dan akan menunggu titah minta kebenaran bila kita akan menghadap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2017, di sini semalam.

Perjelas situasi sebenar

Jamil Khir berkata, pihaknya mendengar titah yang disampaika­n Sultan Johor sebelum ini berkaitan hubungan di antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Sebelum ini, JAKIM memaklumka­n akan mengutus surat mohon menghadap dan menyampaik­an permohonan maaf kepada Sultan Johor bagi menjelaska­n situasi sebenar isu ceramah pegawainya, Zamihan Mat Zain.

Zamihan didakwa mengeluark­an kenyataan menghina Sultan Ibrahim ketika menyampaik­an ceramah mengenai isu dobi mesra Muslim seperti tersebar di media sosial.

Ahad lalu, Sultan Ibrahim bertitah supaya JAINJ berhenti berurusan dengan JAKIM yang juga diminta tidak perlu lagi memberi pandangan kepada Johor membabitka­n hal ehwal agama Islam.

Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kita sudah hantar surat dan menunggu titah Tuanku (untuk menghadap). Kita menyanjung tinggi pandangan, nasihat dan juga teguran Tuanku dan akan menunggu titah minta kebenaran bila kita akan menghadap”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia