Berita Harian

ZAHID TINJAU DERITA ROHINGYA

TPM mahu rakyat Malaysia terus hulurkan bantuan kemanusiaa­n

-

Sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta akan dibina di kem pelarian Kutupalong di sini, bagi memberi rawatan kesihatan kepada pelarian Rohingya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia sedang menunggu prosedur ditetapkan Bangladesh walaupun kebenaran sudah diberikan Perdana Menterinya, Sheikh Hasina menerusi Pesuruhjay­a Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur.

“Kerajaan Malaysia melalui Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina sebuah hospital medan yang boleh memuatkan 50 pesakit.

“Kementeria­n Kesihatan akan bersama-sama membantu dari segi (menyediaka­n) 35 kepakaran merangkumi doktor, jururawat serta pembantu perubatan yang akan berada di sini.

“Kita juga menggalakk­an individu sama ada jururawat, doktor, pembantu hospital untuk berdaftar dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang akan menyelaras kedatangan doktor ini ke Cox's Bazar untuk membantu di hospital ini apabila ia siap nanti,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas meluangkan masa selama satu jam melawat kem pelarian Rohingya di sini semalam.

Pelarian terlalu daif

Yang turut mengiringi beliau, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ketua Pengarah MKN, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Ahmad Zahid mengakui kem pelarian Rohingya di Kutupalong terlalu daif berbanding kem pelarian yang pernah beliau lawat di negara lain sebelum ini.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia terus menghulur bantuan untuk pelarian Rohingya dan tidak perlu bimbang kerana sumbangan diselarask­an MKN.

“Ini bukan lawatan pertama saya ke kem pelarian. Saya sudah ke beberapa negara seperti melawat pelarian Palestin di Asia Barat. Keadaan di sini lebih daif pada hemat saya dan ia bukan kerana masalah agama, tapi kemanusiaa­n.

“Oleh kerana keadaan di sini terlalu daif, saya ajak rakyat Malaysia terus menghulur bantuan. Bantuan diselaras MKN, jadi saya tidak fikir derma ini tidak sampai kepada pihak sepatutnya,” katanya.

Ahmad Zahid antara pemimpin tertinggi ASEAN yang melawat kem pelarian di Kutupalong yang menempatka­n lebih 500,000 pelarian Rohingya.

Timbalan Perdana Menteri kemudian melawat Masjid Baitul Sallah di selatan Kuthubdia yang dibina Mycorps serta memberi sumbangan RM20,000 kepada jawatankua­sa pengelola masjid berkenaan.

Beliau yang turut mengimamka­n solat Zuhur di masjid itu, amat berbesar hati dengan seorang penderma yang sudi menyumbang RM420,000 kepada lima badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia.

“Lima NGO itu komited membantu pelarian Rohingya di sini. Agihan sumbangan diselaras MKN supaya NGO dari Malaysia dapat memberi barang keperluan.

“Sumbangan makanan diurus Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Migrasi Dunia (IOM),” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid ketika melawat penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong, Cox's Bazar, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid ketika melawat penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong, Cox's Bazar, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ahmad Zahid mengagihka­n gula-gula kepada kanak-kanak Rohingya ketika melawat penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong, Cox's Bazar, semalam.
Ahmad Zahid mengagihka­n gula-gula kepada kanak-kanak Rohingya ketika melawat penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong, Cox's Bazar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia