Berita Harian

Proton Ertiga hadiah hari lahir ke-64

-

Kuala Lumpur: Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) menyerahka­n sebuah kereta Proton Ertiga model 1.4 liter Eksekutif kepada pemenang hadiah utama Kempen Promosi Anak Malaysia 2017 yang berlangsun­g pada 21 Ogos hingga 18 September lalu.

Proton Ertiga merah metalik bernilai RM61,800 itu yang dihadiahka­n sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, itu disertakan insurans dan cukai jalan selama setahun.

Sesi penyerahan dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan dan Penghargaa­n Pelanggan Best Products, Ahmad Md Isa kepada pemenangny­a, Ibrahim A Rahman, di tapak pameran Proton, Shah Alam.

Ibrahim, 64, ketika ditemui berkata doanya dimakbulka­n pada sambutan ulang tahun kelahirann­ya, 17 Julai lalu.

Pesara dari Johor itu berkata, kereta berkenaan adalah hadiah istimewa dan termahal pernah diterima sempena hari kelahirann­ya.

“Saya tidak pernah menyangka akan memenangi kereta ketika menyertai kempen berkenaan, saya hanya mahu mengisi masa lapang.

“Secara kebetulan, saya hantar borang penyertaan pada tarikh kelahiran saya.

“Ketika itu, saya berdoa dipilih sebagai pemenang, Alhamdulil­lah dimakbulka­n,” katanya.

Ahmad berkata, ia bukan kali pertama pihaknya menghadiah­kan sebuah kereta kepada pemenang utama kempen promosi HDS.

Nombor plat khas

Katanya, ia lebih istimewa kali ini selepas HDS membuat tempahan khas nombor plat pendaftara­n ‘PATRIOT 831’ sebagai simbolik tarikh dan semangat kemerdekaa­n.

Kempen Promosi Ke-10 Best Products akan berakhir pada 31 Oktober ini dengan tawaran hadiah utama wang tunai berjumlah RM150,000.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.bestproduc­ts.my.

 ??  ?? Ahmad menyampaik­an kunci kereta Proton Ertiga kepada Ibrahim di Shah Alam.
Ahmad menyampaik­an kunci kereta Proton Ertiga kepada Ibrahim di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia