Berita Harian

Tindakan tegas, pantau menyeluruh: NUTP

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu tindakan tegas segera diambil terhadap pelajar yang terbabit dalam permainan pass-out game untuk mengelakka­n gejala itu terus berleluasa.

Presidenny­a, Kamarozama­n Abd Razak, berkata hukuman termasuk gantung dan buang sekolah boleh dikenakan kepada pelajar terbabit, selain menjadi pengajaran kepada pelajar lain supaya tidak mengulangi kegiatan sama yang dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap kesihatan mereka.

Katanya, NUTP juga mencadangk­an supaya pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat pemantauan menyeluruh termasuk menyekat sebarang bentuk video yang mengandung­i unsur keganasan serta berpotensi untuk mempengaru­hi pelajar mencuba sesuatu “permainan pelik” seperti ini.

“NUTP memang tidak menggalakk­an pelajar membawa telefon pintar ke sekolah kerana bimbang perkara seperti ini berlaku dan sebagai pengajaran kepada mereka yang ingkar terhadap peraturan digariskan kementeria­n.

“Prosedur termasuk gantung dan buang sekolah wajar dilaksanak­an kepada pelajar terbabit tidak salah dan dibenarkan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Buat pemeriksaa­n mengejut

Mengulas lebih lanjut, Kamarozama­n berkata kawalan ketat perlu dilaksanak­an pihak sekolah seperti kerap membuat pemeriksaa­n mengejut dan merampas gajet yang tidak dibenarkan sewaktu sesi pembelajar­an di dalam bilik darjah dan asrama.

Beliau berkata, guru juga perlu memantau tingkah laku pelajar yang gemar melakukan kegiatan seumpama itu, selain menyampaik­an maklumat berhubung kesan daripada perbuatan yang boleh menjurus kepada buli itu.

“Peranan guru amat penting kerana mereka lebih memahami karektor pelajar itu sendiri terutama bagi mereka yang gemar menggunaka­n gajet di sekolah dan suka mempengaru­hi pelajar lain untuk menyertai permainan dilakukan.

“Lebih penting, surat siaran daripada kementeria­n perlu segera dikeluarka­n bagi memberi makluman kepada ibu bapa dan penjaga, secara tidak langsung mereka boleh memantau pergerakan anak-anak serta memberi nasihat supaya tidak terjebak dengan gejala itu,” katanya.

 ??  ?? Kamarozama­n Abd Razak
Kamarozama­n Abd Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia