Berita Harian

PDRM teliti semula prosedur kawalan

Pihak berkuasa pandang serius isu kereta sapu bolos, babit kedaulatan negeri

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kegiatan kijang sapu membabitka­n pengendali kereta sewa haram dari Kalimantan Barat, Indonesia yang berleluasa di pintu sempadan Entikong-tebedu, Serian.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Amer Awal, berkata pendedahan BH mengenai kegiatan itu memperliha­tkan prosedur standard operasi (SOP) kawalan keluar masuk kenderaan di pos sempadan itu perlu diteliti semula, termasuk kemungkina­n wujud elemen negatif membabitka­n pegawai dan anggota agensi kawalan sempadan.

Katanya, pihaknya memandang serius kebolosan kegiatan kereta sapu terbabit kerana ia mengundang masalah lain, terutama dari segi kawalan keselamata­n dan kedaulatan negeri, selain ketenteram­an awam.

Tiada kompromi

“Tentu kita tidak berkomprom­i sekiranya ada pegawai dan anggota terbabit menerima ‘duit kopi’ kerana ini menjejaska­n imej baik polis. Saya juga yakin Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan duduk diam dan pasti mereka akan menyiasat.

“Polis Sarawak mengambil sikap telus. Bagi saya tempoh 10 hari untuk kami dedahkan nilai rampasan, termasuk dadah yang cuba bolos dari pintu sempadan berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Amer enggan mengulas lanjut membabitka­n agensi mana yang terbabit dalam salah laku di pintu sempadan, sekali gus mengundang kebimbanga­n dari sudut keselamata­n negara dan ketenteram­an awam.

Kelmarin, BH secara eksklusif mendedahka­n warga Indonesia seolah-olah memiliki ‘lesen besar’ melintasi sempadan kedua-dua wilayah tanpa perlu menjalani pemeriksaa­n rapi, khususnya bagi

Polis Sarawak mengambil sikap telus. Bagi saya tempoh 10 hari untuk kami dedahkan nilai rampasan” Amer Awal, Pesuruhjay­a Polis Sarawak

membawa warga negara jiran berulang-alik di antara kedua-dua wilayah, sama ada untuk bekerja atau menjalani rawatan kesihatan di negeri ini.

Buka transit haram

Tidak cukup dengan itu, pemandu kereta sapu, kebanyakan­nya menggunaka­n Toyota Kijang, model kenderaan pelbagai guna (MPV) paling popular di Indonesia, turut membuka transit haram berhampira­n pintu sempadan bagi menurun dan mengambil penumpang.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben, berkata pihaknya tidak patut dipersalah­kan dengan kemasukan Kijang Sapu kerana fungsi agensi berkenaan adalah memeriksa orang sematamata.

“Kebanjiran kereta (Kijang Sapu) adalah bidang kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perda- gangan (LPKP). Kalau dokumen teratur, pihak imigresen akan memberi kemudahan masuk,” katanya.

Usaha mendapatka­n reaksi JPJ Sarawak dan LPKP Sarawak bagaimanap­un gagal.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pengerusi Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian, Jimmey Behon, berkata pihaknya sudah menyerahka­n surat bantahan mengenai kemasukan kereta sapu dari negara jiran pada penghujung Ogos lalu, namun tiada maklum balas susulan selepas dua bulan pertemuan persatuan dengan agensi berkaitan.

“Kita ingatkan ada tindakan besar-besaran akan dilaksanak­an, tetapi masalah kereta sapu masih berjalan. Malah, ia makin rancak beroperasi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia