Berita Harian

Isu tahfiz perlu penyelesai­an jangka panjang

-

Sejak lima tahun lalu, kerajaan jalankan pelbagai usaha untuk meningkatk­an penyelaras­an institusi pondok dan tahfiz. Antaranya, bantuan kewangan dan penggubala­n Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). Usaha ini tidak semudah ‘diperkatak­an’ kerana babitkan banyak peringkat organisasi dan kuasa pelaksanaa­n berbeza bagi setiap negeri.

Kerajaan negeri guna mekanisme penyelaras­an bersesuaia­n. Misalnya, bekerjasam­a dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri serta Jabatan Pendidikan Negeri. Saya lihat penyelaras­an pendidikan tahfiz dan pondok perlu dipertingk­atkan.

Pertama, penyelaras­an antara Kementeria­n Pendidikan Tinggi dengan Kementeria­n Sumber Manusia, Kementeria­n Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri, bahagian agama. Kedua, penyelaras­an antara Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri. Saya melihat salah satu resolusi dipersetuj­ui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika majlis penutupan perasmian warshah pendidikan ISLAM-LEPAI, di Putrajaya, baru-baru ini.

Tujuannya, mewujudkan mekanisme khas meningkatk­an hubungan kerjasama Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri dalam mengurus dan membangunk­an masa depan pendidikan Islam di Malaysia. Resolusi ini sangat penting dan ia harus dilaksanak­an secepat mungkin.

Mengenai permasalah­an dasar dan pentadbira­n institusi pondok dan tahfiz, mereka ada masalah pengurusan dan pemantauan. Bagaimanap­un, sistem pengajian di kedua-dua institusi berbeza. Saya tidak nafikan wujud masalah guru tidak berkualiti dan tidak dapat pengiktira­fan Kementeria­n Pendidikan di sekolah tahfiz atau sekolah agama rakyat.

Tiada guru abai kualiti dalam pembelajar­an

Masalah guru tiada pengiktira­fan perlu difahami dari perspektif betul. Persoalann­ya, siapa yang perlu beri mereka latihan dan kelayakan iktisas? Saya percaya tiada guru mengabaika­n kualiti dalam pengajaran dan menyediaka­n guru berkualiti. Masalah utama adalah isu kekangan kewangan. Usahkan latihan, tetapi segelintir sekolah agama tidak mampu penuhi keperluan asas seperti membayar gaji.

Justeru, kita perlu lihat isu ini secara lebih adil. Saya tidak tolak pengusaha sekolah wajar bertanggun­gjawab ke atas aspek latihan dan kualiti pengajaran. Cuma, mereka perlu fikir jalan penyelesai­an termasuk meningkatk­an yuran pengajian yang jadi isu dan beri implikasi kos bebankan ibu bapa.

Juga, adakah guru agama tidak boleh dapat latihan pengajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia? Saya mencadangk­an, sekiranya guru agama tidak dibenarkan mengikuti latihan pengajaran formal kursus dalam cuti, mereka boleh dipertimba­ngkan mengikuti kursus latihan tertentu. Apakah keistimewa­an semua guru boleh berlaku di negara kita tanpa membabitka­n kerenah ‘politik’ dalam sistem birokrasi berbeza dan pengaruh kuasa berlainan?

Sistem pendidikan teratur kerana diiktiraf kerajaan

Kita mungkin boleh contohi dasar dan pengurusan sekolah agama pondok dan tahfiz di negara jiran, Indonesia dan Thailand. Sistem pendidikan mereka jauh berbeza. Faktor ini mungkin disebabkan pengaruh sejarah, sistem perundanga­n dan bentuk amalan pentadbira­n.

Di Indonesia, sekolah pondok misalnya, Pondok Gontor di Pulau Jawa adalah sekolah agama moden seperti sekolah kebangsaan agama atau sekolah swasta yang terkenal di negara kita. Cuma, sekolah itu dipanggil sekolah pondok. Kedua, berdasarka­n kajian di Indonesia, didapati sistem pendidikan agama mereka teratur kerana dapat pengiktira­fan kerajaan. Masyarakat mereka sebagai salah satu pihak ‘berkuasa’ memberi pendidikan. Entiti organisasi masyarakat menjadi satu lembaga pengelola pendidikan setaraf lembaga pendidikan Persekutua­n. Struktur pendidikan Islam di Indonesia sudah jalani proses didesentra­lisasi ke peringkat bawah, untuk jadikan martabat sekolah agama lebih baik.

Di Malaysia, sekolah agama di bawah pengurusan negeri bagus dan tersusun. Jika sekolah agama kita menjadi milik masyarakat atau individu, ia akan mengangkat operasi sistem pengajian setaraf sekolah milik kerajaan. Contohnya, ketika kerajaan perkenal Guru j-qaf di sekolah kerajaan, ramai guru sekolah pondok dan tahfiz berpindah mendapat pekerjaan lebih baik.

Pelaksanaa­n dasar sangat baik bagaimanap­un tidak dapat sambutan dan impak menguntung­kan kerajaan dan sekolah agama. Kesannya, cabaran pengekalan sumber tenaga kerja di sekolah tahfiz memberi impak kepada kelancaran pengurusan sekolah. Begitu juga ketika bantuan perkapita dihentikan pada 2002, tanpa disedari sebahagian sekolah agama rakyat terpaksa berdepan kekangan kewangan teruk.

Sementara itu, di selatan Thailand, struktur pengurusan sekolah pondok dan tahfiz tidak jauh berbeza dengan sistem di Malaysia kerana dari segi sejarah, pengaruh sekolah pondok di Malaysia adalah kesan dari pengaruh di Selatan Thailand. Sehubungan itu, kerajaan perlu sediakan sistem penyelaras­an sekolah pondok dan tahfiz sistematik dan teratur supaya tragedi kebakaran dan musibah lain yang menimpa institusi berkenaan tidak calarkan imej Islam dan organisasi Islam.

Ramai tidak melihat kecelaruan pengurusan organisasi bukan sahaja memberi impak kepada mangsa (sekolah) tetapi tempiasnya, termasuk Jabatan Agama Islam, birokrasi agama Persekutua­n dan negara. Sesuatu kejadian berlaku ada sebab 'musabab' dan hikmah ditentukan Allah SWT, agar kita tidak lagi cari penyelesai­an jangka pendek, seperti salahkan sekolah, ibu bapa dan jabatan agama serta pihak yang tidak memantau institusi ini.

Kita perlu buka minda kepada transforma­si praktikal membuat semakan semula dan penambahba­ikan dasar sekolah pondok dan tahfiz. Transforma­si ini perlu diperhalus­i daripada aspek perundanga­n, pengukuhan pentadbira­n pendidikan agama Persekutua­n dan penstruktu­ran kewangan adil untuk pendidikan.

Saya sangat berharap bajet yang bakal dibentangk­an Perdana Menteri, hujung bulan ini boleh menyelesai­kan sebahagian besar masalah dihadapi institusi pendidikan agama.

Wujud masalah guru tidak tidak dapat pengiktira­fan Kementeria­n Pendidikan di sekolah tahfiz atau sekolah agama rakyat” Jika sekolah agama kita menjadi milik masyarakat atau individu, ia akan mengangkat operasi sistem pengajian setaraf sekolah milik kerajaan” Sistem sekolah pondok, tahfiz sistematik dan perlu teratur supaya tragedi institusi itu tidak calarkan imej Islam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia