Berita Harian

Myanmar perlu contohi ikatan sosial kita

-

Mereka dibunuh, dirogol bahkan ada yang dibakar hidup-hidup sehingga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggelar Rohingya etnik paling tertindas di dunia. Selain itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam kenyataan beliau bertarikh 20 September

2017 berkata bahawa tindakan Kerajaan Myanmar ke atas etnik minoriti di Rakhine itu adalah tindakan pembasmian kaum (genosid) yang menyamai penghapusa­n etnik. Warga Rohingnya yang dianggarka­n sekitar 1.2 juta di Rakhine hari ini dianggap sebagai ancaman oleh pemerintah sehingga dinafikan hak kerakyatan biarpun beberapa sarjana berpendapa­t mereka adalah kaum asal wilayah Rakhine.

Pertempura­n antara Tentera Penyelamat Arakan Rohingnya (ARSA) dengan tentera Myanmar, termasuk radikal Buddha telah beri kesan sangat buruk di Rakhine hingga mengorbank­an nyawa mereka yang tidak berdosa.

Kisah sedih dan hiba yang dialami warga Rohingya sebenarnya menceritak­an kepada kita akan kepentinga­n hidup sebagai penduduk dalam sebuah wilayah yang memiliki identiti sah melalui status warganegar­a yang diiktiraf kerajaan memerintah.

Di Myanmar, mereka berbunuhan antara satu sama lain apabila pemerintah menafikan kerakyatan kaum Rohingya biarpun kajian sarjana berpendapa­t minoriti Muslim itu adalah penduduk asal wilayah Arakan (Rakhine).

Terima imigran antara syarat untuk diberi kemerdekaa­n

Tanah Melayu suatu ketika pernah alami situasi hampir sama apabila antara syarat kemerdekaa­n penjajah British kepada warga peribumi ialah agar menerima kaum imigran dari Tanah Besar China dan India sebagai warganegar­a mendapat tentangan awal segelintir penduduk asal.

Namun, kebijaksan­aan pemimpin utama bangsa Melayu, kaum Cina dan India secara konsensus di meja rundingan menghasilk­an kontrak sosial termasuk 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegar­a selepas 12 tahun merdeka, berbanding sebelumnya di mana 90 peratus daripada mereka tidak diiktiraf sebagai rakyat biarpun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintah­an British.

Sejak memiliki status warganegar­a yang sah secara jus soli, bukan sahaja diberi peluang mendapatka­n pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dan menikmati kekayaan ekonomi dalam negara secara adil bahkan turut diberi ruang untuk berpolitik termasuk memegang jawatan menteri di tanah berdaulat ini.

Demi memberi jaminan kepada generasi mendatang, elemen dalam kontrak sosial itu didokumenk­an secara rasmi dalam Perlembaga­an Persekutua­n yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa lagi. Biarpun ada beberapa dasar afirmatif dilakukan pihak kerajaan untuk pribumi seperti Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain, ia tidak perlu dipersoalk­an kaum lain kerana warga asal negara ini secara berbesar hati menerima masyarakat Cina dan India untuk menjadi keluarga besar di Malaysia yang sah mengikut undangunda­ng tertinggi negara.

Generasi pascamerde­ka perlulah jadikan konflik di Rakhine sebagai pengajaran dan iktibar agar dapat melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pemimpin terdahulu yang buat keputusan bijaksana untuk kehidupan masa depan lebih terjamin anak cucu mereka.

Kontrak sosial yang selama ini jadi asas kehidupan berwargane­gara perlulah dilindungi rakyat tanpa mengira asal keturunan dan agama dan sementara itu kita teruskan berdoa untuk etnik Rohingya agar mereka dapat perlindung­an sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia