Berita Harian

Syor perkenal elaun bandar raya, rebat pengangkut­an awam

11 tuntutan CUEPACS dalam memorandum kepada PM Ogos lalu

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Kongres Kesatuan Pekerjapek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) meminta kerajaan memperkena­lkan elaun bandar raya dan rebat penggunaan pengangkut­an awam kepada kakitangan kerajaan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangk­an hujung bulan ini.

Dua perkara itu adalah antara 11 tuntutan dalam memorandum yang dikemukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal Ogos lalu. Turut dituntut, pemberian bonus sebulan setengah gaji.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata kerajaan wajar memperkena­lkan elaun bandar raya sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penjawat awam berstatus miskin bandar yang tinggal di kawasan berstatus bandar raya.

Katanya, penjawat awam yang menggunaka­n pengangkut­an awam juga wajar diberikan rebat menerusi kad diskaun mulai Januari tahun depan.

“Pemberian rebat ini perlu diberikan kepada semua jenis pengangkut­an awam bagi menggalakk­an penggunaan­nya untuk pergi bekerja dan sebagainya, selain membantu menyelesai­kan masalah kesesakan jalan raya, mengurangk­an perbelanja­an harian serta masa pergi dan balik dari tempat kerja,” katanya pada sidang media khas di Wisma CUEPACS di sini, semalam.

Dua kenaikan gaji tahunan

Permintaan lain termasuk memberikan dua kenaikan gaji tahunan, memperbany­akkan pembinaan rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000 khusus bagi penjawat awam serta mengurangk­an kadar faedah pinjaman perumahan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) daripada empat peratus kepada satu peratus.

Turut dituntut, kenaikan pelepasan cukai bagi beberapa kategori, antaranya individu (RM9,000 kepada RM18,000), isteri/suami (RM4,000 kepada RM9,000), anak (18 tahun kepada 21 tahun, RM2,000 kepada RM4,000), anak belum berkahwin dan masih belajar (RM8,000 kepada RM12,000) dan perubatan ibu bapa (RM5,000 kepada RM9,000).

Azih berkata, CUEPACS turut memohon kerajaan menyemak semula elaun wilayah dan elaun perumahan wilayah bagi penjawat awam di Sabah dan Sarawak berikutan mereka terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran berkhidmat di kawasan pedalaman.

Katanya, CUEPACS juga memohon imbuhan tetap khidmat awam bagi gred terendah yang kali terakhir disemak 15 tahun lalu, dinaikkan daripada RM95 kepada RM180.

Beri perlindung­an PERKESO

“Cadangan lain adalah semua penjawat awam diberi perlindung­an di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi menggantik­an ex-gratia, dengan caruman sendiri serta sedikit bantuan kerajaan.

“Kerajaan juga disaran melaksanak­an kenaikan pangkat khas untuk penyandang (KUP) kali kedua untuk penjawat awam gred kanan, dengan kali pertama ditukar daripada 13 tahun kepada 10 tahun, manakala kali kedua selepas lapan tahun,” katanya.

Pemberian rebat ini perlu diberikan kepada semua jenis pengangkut­an awam bagi menggalakk­an penggunaan­nya untuk pergi bekerja dan sebagainya, selain membantu menyelesai­kan masalah kesesakan jalan raya, mengurangk­an perbelanja­an harian serta masa pergi dan balik dari tempat kerja” Azih Muda, Presiden CUEPACS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia