Berita Harian

Terap teknologi tanaman sistematik

-

Kuching: Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) menerapkan teknologi penanaman sistematik kepada 68 peserta Projek Tanaman Nanas Sungai Mata di sini, projek tanaman berkelompo­k pertama di Sarawak.

Ia membabitka­n kawasan penanaman seluas 218.13 hektar yang diusahakan menerusi tiga kelompok sejak 2013. Nilai pengeluara­n dicatatkan tahun lalu, mencecah RM6.3 juta atau 4,140 tan.

Projek bermula 2010

Ketua Kelompok Sungai Mata 8, Sapawi Tar, 41, berkata projek dimulakan di kawasan itu pada 2010 sambil diberi bantuan teknikal secara berterusan oleh LPNM.

Dalam tempoh tujuh tahun, katanya, hasil diperoleh adalah lumayan dan kebanyakan penduduk di kawasan itu menjadikan industri nanas sebagai punca pendapatan utama.

“Ketika itu, tanah diusahakan bagi penanaman nanas hanya sekitar enam hektar, namun siapa sangka kini luas kawasan tanaman meningkat kepada 40 hektar.

“Nanas kami kebanyakan­nya variati N36. Dalam sehari, 1,000 biji dijual kepada pemborong untuk dipasarkan di Kuching,” katanya.

Ketua Kelompok Sungai Meranek, Darni Derus, 61, berkata lebih 10 peserta mengusahak­an penanaman nanas di kawasan berkenaan.

Selain itu, katanya, ada juga yang mengusahak­an pengeluara­n produk berasaskan nanas secara kecilkecil­an bagi menambah pendapatan, terutama dalam kalangan wanita.

Nanas Kampung Meranek istimewa

Katanya, peserta juga didedahkan kepada teknik penanaman yang betul, sekali gus membolehka­n pengeluara­n nanas lebih baik terutama variati nanas Moris.

“Nanas Moris dari Kampung Meranek istimewa berbanding nanas Moris sedia ada dan ia hanya ada di kawasan ini.

“Dengan bantuan input daripada LPNM, kami berjaya mengeluark­an nanas yang lebih baik berbanding buah bersaiz kecil dikeluarka­n sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? Bantuan input dan teknik penanaman secara berterusan LPNM mendorong pengusaha dan pekebun di Sarawak menghasilk­an pengeluara­n nanas lebih baik.
Bantuan input dan teknik penanaman secara berterusan LPNM mendorong pengusaha dan pekebun di Sarawak menghasilk­an pengeluara­n nanas lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia