Berita Harian

Dzulkifli diminta tidak tunduk taktik ugut, fitnah

-

Kuala Lumpur: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad diminta tidak berkrompom­i dengan taktik ugut dan fitnah terhadapny­a.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ada pihak ‘sudah panas’ akibat ketegasan SPRM dalam memerangi rasuah tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Justeru, beliau yang dihubungi BH, berkata melalui penyebaran cerita fitnah itu, mereka berharap SPRM akan takut untuk bertindak meneruskan siasatan.

“Saya mengecam pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjay­a SPRM dengan cerita sensasi yang keterlalua­n

“Semua itu bertujuan mengugut Zulkifli dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitka­n tokoh ternama dan politik tertentu.

“Saya berharap beliau dan SPRM tidak akan berkomprom­i dengan taktik ugut dan fitnah berkenaan,” katanya sambil turut mengajak rakyat supaya bersama-sama mempertaha­nkan SPRM.

Polis sah terima aduan

Polis sebelum ini mengesahka­n menerima aduan mengenai seorang individu yang didakwa pegawai kanan SPRM, dituduh ada hubungan sulit dengan isteri orang melalui penyebaran klip video di Youtube.

Ia susulan laporan dibuat individu tertentu mengenai video skandal itu seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina.

Mohd Puad berkata, sebelum ini, pihak terbabit menggunaka­n ‘mahkamah rakyat’ melalui perhimpuna­n dimanipula­si kononnya bagi membela pihak didakwa teraniaya.

“Sekarang, mereka guna pula ‘mahkamah persepsi’ dengan menyebarka­n cerita fitnah dan palsu untuk menghalang siasatan dan dakwaan.

“Saya harap pembangkan­g khususnya, keluar dari kotak lama, iaitu hanya orang kerajaan yang rasuah dan layak didakwa. Mereka pula seolah-olah kebal, tak boleh didakwa. Kalau didakwa, itu konspirasi politik,” katanya.

Semua itu bertujuan mengugut Zulkifli dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuahapat­ah lagi apabila ia membabitka­n tokoh ternama dan politik tertentu Mohd Puad Zarkashi Ahli MT UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia