Berita Harian

PUSPANITA perhebat aktiviti sukarelawa­n

Laksana aktiviti gotong-royong di IPG Kampus Temenggong Ibrahim

- Oleh Zuraidah Mohamed

Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) meneruskan penganjura­n Program Kesukarela­wanan IM4U PUSPANITA yang kali ini diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Temenggong Ibrahim di sini.

Ia adalah tahun kelima PUSPANITA Kebangsaan menganjurk­an program berkenaan dengan kerjasama PUSPANITA cawangan kementeria­n dan negeri dalam usaha memperheba­tkan lagi aktiviti kesukarela­wanan dalam kalangan ahli dan masyarakat.

Program yang bertemakan ‘Belia Aktif, Masyarakat Sejahtera’ yang diadakan selama tiga hari hingga Ahad lalu. Majlis penutupan disempurna­kan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa merangkap Penasihat PUSPANITA Kebangsaan.

Menariknya, program itu membabitka­n kira-kira 500 peserta yang bergotong-royong membina Taman Ilmu, menanam pokok dan membersihk­an surau di Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim.

Semangat NBOS

Ali berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertepatan dengan usaha PUSPANITA dalam merakyatka­n persatuan, malah jalinan kerjasama itu sejajar dengan semangat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Katanya, strategi NBOS itu adalah pendekatan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menerapkan idea baharu kreatif dan inovatif dengan tiga prinsip utama iaitu berimpak tinggi, pelaksanaa­n pantas dan kos rendah.

“Program Kesukarela­wanan IM4U PUSPANITA ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, pengertian tanggungja­wab sosial serta membina stamina dan kecerdasan minda melalui program dan aktiviti kebajikan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Program Kesukarela­wanan IM4U PUSPANITA 2017 di sini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua PUSPANITA, Puan Sri Rohani Abdullah; Setiausaha Kerajaan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi PUSPANITA Negeri Johor, Datin Dr Hajah Noor Azizah Abdul Latiff.

Menerusi program itu peserta berpeluang mempelajar­i cara membuat mudball untuk pembersiha­n Sungai Chat dan mengaudit sungai bagi melihat tahap kebersihan sungai berkenaan.

Ali berkata, sebanyak RM83,000 disumbangk­an untuk tujuan kebajikan termasuk RM30,000 untuk projek dan kemudahan Taman Ilmu serta RM26,000 untuk pembelian

Harapan saya agar program sukarelawa­n anjuran PUSPANITA dan IM4U ini diteruskan dan diperluask­an lagi ke kampung-kampung” Mohd Faizal Zainal, Sukarelawa­n

keperluan peralatan IPG.

Serah sumbangan

Katanya, sebanyak RM2,000 masing-masing turut disumbangk­an kepada Rumah Berkat Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor; Pusat Jagaan Impian Syimah; Pusat Jagaan V R Melodies Old Folks Home; Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru serta Pusat Jagaan Persatuan Prihatin Orang-orang Kurang Cerdas.

“Selain itu, sumbangan kepada 21 orang ahli PUSPANITA atau keluarga ahli yang menghidap penyakit kronik berjumlah RM12,000 turut disampaika­n serta RM2,000 bagi tujuan pembanguna­n PUSPANITA Cawangan Negeri Johor,” katanya.

Program itu katanya akan diteruskan pada masa akan datang selari dengan peranan PUSPANITA sebagai Rakan Perkhidmat­an Awam yang membantu menyebar luas dasar dan peranan kerajaan kepada ahli dan masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Peserta menjalanka­n auditan sungai dan didedahkan dengan pengetahua­n membuat mudball bagi proses membaik pulih sungai.
Peserta menjalanka­n auditan sungai dan didedahkan dengan pengetahua­n membuat mudball bagi proses membaik pulih sungai.
 ??  ?? Ali menyerahka­n sumbangan kepada seorang wakil daripada enam rumah kebajikan di Johor.
Ali menyerahka­n sumbangan kepada seorang wakil daripada enam rumah kebajikan di Johor.
 ??  ?? Gotong-royong antara aktiviti yang diadakan untuk memupuk semangat kesukarela­wan.
Gotong-royong antara aktiviti yang diadakan untuk memupuk semangat kesukarela­wan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia