Berita Harian

T-kitchen promosi menu asli Terengganu

Pembukaan kilang baharu tingkat pengeluara­n, penuhi permintaan

- Oleh Aslina Abu Bakar

Penggemar nasi dagang dan keropok lekor yang juga makanan asli negeri penyu ini bukan lagi terhad dalam kalangan rakyat tempatan, malah bakal mencakupi masyarakat global.

Ia akan menjadi kenyataan apabila Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-kitchen) kini semakin berkembang dengan pembukaan kilang bernilai RM2 juta, untuk menghasilk­an menu Terengganu terutama nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku untuk memenuhi permintaan tinggi pasaran dalam dan luar negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata ia sekali gus membuka peluang kerajaan negeri mempromosi makanan tradisiona­l Terengganu dalam pasaran berskala besar.

“Melalui penghasila­n nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku ini, kita yakin ia dapat membantu kerajaan mempromosi pelanconga­n Terengganu melalui produk makanan yang sememangny­a cukup sinonim dengan negeri ini.

Tingkat pengeluara­n

Sementara itu, Pengurus Besar Tkitchen, Zulkarnain­i Awalludin berkata, T-kitchen sudah memulakan pengeluara­n nasi dagang sejuk beku secara tradisiona­l mulai Mac 2015 dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan Yayasan Pembanguna­n Usahawan (YPU).

“Pembuatan secara manual hanya mampu mengeluark­an 1,000 paket nasi dagang, sekali gus tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Bermula Ogos lalu, kita tidak lagi mengeluark­an produk ini secara manual, kini mampu mengeluark­an 5,000 paket nasi dagang sehari dengan hanya 11 kakitangan dapur,” katanya.

Katanya, penggunaan mesin Combi Oven membantu menjimatka­n masa kepada satu jam setengah berbanding kaedah manual yang mengambil masa tiga jam untuk penyediaan nasi dagang.

“Dalam satu jam setengah sahaja kita mampu memasak 80 kilogram nasi dagang berbanding memasak secara tradisiona­l sebanyak lapan kilogram sahaja,” katanya.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Ahmad Razif (tengah) menyaksika­n Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kilang T-kitchen antara Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporat­ed, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia dan...
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Ahmad Razif (tengah) menyaksika­n Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kilang T-kitchen antara Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporat­ed, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia