Berita Harian

Lebih 700 pengusaha produk berkualiti, menarik di KUD 2017

Karnival bantu usahawan desa kembang pasaran hingga ke luar negara

- Oleh Haryani Ngah

Lebih 700 produk dan perkhidmat­an, hasil usahawan luar bandar disediakan pada Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) yang akan berlangsun­g selama empat hari bermula 19 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Karnival bertemakan ‘Usahawan Desa Produk Global’ menjadi platform untuk perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke pengguna (B2C).

Ia turut menyediaka­n pelbagai aktiviti serta peluang bukan sahaja kepada komuniti usahawan, tetapi pengguna untuk merasai pengalaman terbaik ditawarkan produk atau usahawan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata karnival dwitahunan itu bukan hanya menyediaka­n platform usahawan desa mempromosi­kan produk masing-masing malah diharap mampu membantu mereka mengembang­kan pasaran ke luar negara menerusi sesi padanan perniagaan.

“Sehingga kini 80 syarikat mengesahka­n penyertaan mereka untuk membantu usahawan terbabit menembusi pasaran global.

“Menerusi sesi padanan perniagaan ini, ia memberi ruang kepada usahawan desa mencari potensi dan peluang mengembang­kan pasaran ke luar negara, terutama di (pasar raya) hypermarke­t,” katanya baru-baru ini.

Perkenal Trade Day

Ismail Sabri berkata, buat kali pertama KUD memperkena­lkan Trade Day yang menjadi platform jaringan perniagaan di antara industri bersama hiper-market, pemasar dan pembeli bersama usahawan desa.

Katanya, menerusi penganjura­n karnival itu diharapkan dapat membantu usahawan desa mengembang­kan pasaran mereka sehingga ke peringkat global.

Karnival yang menyasarka­n kehadiran sejuta pengunjung akan dirasmikan Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Razak pada 20 Oktober ini.

KUD 2017 membabitka­n 739 penyertaan, iaitu 698 adalah gerai usahawan, 30 gerai syarikat swasta agensi kerajaan dan 11 gerai Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pelbagai aktiviti yang disediakan sempena karnival itu, termasuk jualan produk usahawan desa yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, produk teknologi maklumat dan teknologi maklumat kreatif serta perkhidmat­an dan pelanconga­n.

Yang turut diadakan, forum Siswaprene­ur, demonstras­i produk dan kraftangan serta demonstras­i masakan.

 ??  ?? Ismail Sabri bersama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi melawat pameran pada majlis prapelanca­ran Karnival Usahawan Desa di Sri Pentas, Damansara.
Ismail Sabri bersama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi melawat pameran pada majlis prapelanca­ran Karnival Usahawan Desa di Sri Pentas, Damansara.
 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ??
[FOTO AZIAH AZMEE/BH]
 ??  ??
 ??  ?? Usahawan ambil peluang perluas pasaran produk di KUD 2017.
Usahawan ambil peluang perluas pasaran produk di KUD 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia