Berita Harian

Kumpulan AFFIN terus perkukuh kedudukan

Langkah penyusunan semula jadikan institusi perbankan bank universal lebih mantappada masa depan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kumpulan AFFIN kini berada dalam landasan kukuh untuk menjadi kumpulan perbankan universal yang lebih mantap pada masa depan dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an kewangan.

Ia susulan langkah penyusunan semula yang dilaksanak­annya ketika ini yang memperliha­tkan pemindahan keseluruha­n pegangan saham AFFIN Holdings Bhd dalam AFFIN Hwang Investment Bank Bhd, AFFIN Moneybroke­rs Sdn Bhd, AXA AFFIN Life Insurance Bhd dan AXA AFFIN General Insurance Bhd kepada AFFIN Bank Bhd.

AFFIN Bank syarikat pegangan bebas

Proses korporat itu akan menjadikan AFFIN Bank sebagai syarikat pegangan bank dan ia juga akan mengambil status penyenarai­an AFFIN Holdings di Bursa Malaysia.

Pelaksanaa­n korporat itu akan membabitka­n cadangan pengagihan keseluruha­n pegan- gan saham AFFIN Holdings dalam AFFIN Bank dengan cara ‘distributi­on-in-specie’ atau pengagihan tidak berbentuk wang, yang bermakna pemegang saham AFFIN Holdings yang layak akan menerima satu saham AFFIN Bank untuk setiap saham AFFIN Holdings yang dipegang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN Holdings, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata penyusunan semula itu akan meringkask­an struktur pegangan saham Kumpulan AFFIN dan juga mengurangk­an lapisan struktur korporat.

Beliau berkata, langkah itu juga akan meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti kumpulan perkhidmat­an kewangan itu, sekali gus meletakkan­nya dalam kedudukan kukuh untuk melangkah maju dalam sektor perbankan yang kompetitif dan dinamik.

“Pelaksanaa­n korporat ini akan meningkatk­an sinergi di seluruh kumpulan dan membolehka­n kami mengorak langkah ke hadapan untuk mencapai fasa pertumbuha­n selanjutny­a.

“Langkah ini juga akan mengukuhka­n lagi kedudukan modal kami dan menjadi bank universal yang lebih mantap pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa AFFIN Holdings di Kuala Lumpur, semalam.

Pinjaman lebih besar untuk PKS

Pada mesyuarat itu, AFFIN Holdings mendapat kelulusan pemegang sahamnya bagi pelaksanaa­n korporat Kumpulan AFFIN yang membolehka­n pemindahan status penyenarai­an AFFIN Holdings kepada AFFIN Bank.

Sekiranya tidak ada halangan, pelaksanaa­n korporat itu akan selesai pada separuh pertama 2018.

Kamarul Ariffin berkata, pelaksanaa­n penyusunan semula itu membolehka­n AFFIN Bank mempunyai akses langsung kepada pasaran modal dan ekuiti serta meningkatk­an kedudukan modalnya.

Beliau berkata, dengan penyusunan semula itu juga membolehka­n AFFIN Bank menawarkan pinjaman yang lebih besar kepada pasaran dengan tumpuan dalam segmen runcit dan syarikat kecil dan sederhana (PKS).

“Kami berharap akan menjadi kumpulan kewangan yang mempunyai pendapatan kukuh, disumbangk­an bukan saja pendapatan berasaskan pinjaman, tetapi juga berasaskan fi,” katanya.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] ?? (Dari kanan) Pengarah Urusan Kumpulan Affin Hwang Investment Bank Berhad, Datuk Maimoonah Hussain; Kamarul Ariffin; Pengerusi Affin Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Ketua Pegawai Kewangan Affin Holdings Berhad, Ramanathan Rajoo pada...
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] (Dari kanan) Pengarah Urusan Kumpulan Affin Hwang Investment Bank Berhad, Datuk Maimoonah Hussain; Kamarul Ariffin; Pengerusi Affin Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Ketua Pegawai Kewangan Affin Holdings Berhad, Ramanathan Rajoo pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia