Berita Harian

INSKEN anjur Sidang Kemuncak Pemasaran Global

Platform bantu usahawan pelajari pengalaman jenama berjaya

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN) akan menganjurk­an Sidang Kemuncak Pemasaran Global bertemakan ‘Pasarkan Jenama Anda’ yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 November ini.

Platform dianjurkan agensi di bawah seliaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu untuk usahawan tempatan mempelajar­i prinsip dan falsafah pemasaran yang diterapkan jenama perniagaan terkemuka antarabang­sa.

Antara panelnya adalah Pengasas Bersama Starbucks, Zev Siegl; Bekas Pengarah Pemasaran Manchester United, Peter Draper; Pengarah Urusan Porsche dan BMW (UK), Kevin Gaskell dan pemenang Apprentice Asia, Jonathan Yabut.

Platform inspirasi, aspirasi

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Husni Salleh, berkata sidang kemuncak itu memberi ruang kepada syarikat Malaysia khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil pengajaran daripada kepakaran terbaik dalam perniagaan.

Katanya, ia akan bertindak sebagai platform inspirasi dan aspirasi menggalakk­an usahawan tempatan mengembang­kan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Objektif utamanya untuk usahawan mengenal pasti kesilapan umum yang sering dilakukan dalam perniagaan dan memberi ulasan mendalam mengenai bagaimana perniagaan dijalankan dan bagaimana untuk mengembang­kannya.

“Ia juga bertujuan memberikan pengetahua­n kepada penyelesai­an yang boleh dilaksanak­an serta mempelajar­i pengalaman daripada jenama berjaya.

“Bahkan kami berharap PKS dapat memanfaatk­an pengetahua­n ini untuk memperkasa­kan perniagaan mereka menggunaka­n strategi penjenamaa­n dan pemasaran global yang berkesan,” katanya pada prapelanca­rannya di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, INSKEN dan TERAJU turut mengalu-alukan kehadiran RHB Bank sebagai penaja utama sidang kemuncak berkenaan.

Sasar 600 syarikat sertai sidang

Sementara itu, Pengarah Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, berkata pihaknya menyasarka­n antara 500 hingga 600 syarikat akan menyertai sidang kemuncak sehari berkenaan.

Katanya, beliau yakin dengan kapasiti dewan yang mampu mencecah lebih 1,000 orang itu akan dapat memberikan lebih ruang kepada lebih ramai usahawan untuk terbabit merebut peluang keemasan terbabit.

“Tajuk ini relevan kerana berdasarka­n kajian kami, kebiasaan usahawan melakukan beberapa kesilapan dalam perniagaan seperti tidak buat pelan perniagaan yang teliti, pengurusan kewangan, kesilapan dalam penentuan bajet atau peruntukka­n operasi terutama bagi eksport,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia