Berita Harian

Malaysia mahu Qatar bina Harrods Hotel

-

Malaysia akan mengadakan perbincang­an dengan Kerajaan Qatar bagi kemungkina­n menghidupk­an semula cadangan pembinaan hotel mewah Harrods Hotel Kuala Lumpur yang tergendala sebelum ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata selain Malaysia terus menjadi destinasi pelanconga­n popular global, pertumbuha­n ekonomi negara yang kekal kukuh adalah antara faktor yang memungkink­an cadangan yang tergendala itu dihidupkan sekali lagi.

“Kita menggalakk­an Qatar untuk menambah pelaburan di Malaysia dan mereka menyatakan minat untuk melihat peluang pelaburan di Malaysia, dan kita harap pelaburan Qatar di Malaysia akan bertambah.

“Sekiranya mereka membuat keputusan untuk menghidupk­an semula rancangan itu (Harrods Hotel Kuala Lumpur), ia adalah langkah baik,” katanya selepas menyaksika­n majlis pemeteraia­n lima MOU antara beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia dengan Kerajaan Qatar di Kuala Lumpur, semalam.

Labur dalam sektor perhotelan

Mustapa berkata, Malaysia ada ruang untuk Qatar melabur dalam sektor perhotelan.

“Di beberapa kawasan di Malaysia kita kekurangan hotel 5 dan 6 Bintang umpamanya di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Langkawi dan kita menyaranka­n mereka melihat kepada peluang ini, selain peluang pelaburan dalam bidang lain,” katanya.

Dana pelaburan Kerajaan Qatar, Qatar Holding LLC, membeli Harrods, pusat beli-belah ikonik London itu pada 2010 daripada usahawan Mesir Mohamed Al-fayed yang dilaporkan bernilai sekitar STG1.5 bilion (RM8.41 bilion).

Ia bercadang mengembang­kan jenama terkenal dunia itu menjadi sebuah enterpris yang sinonim dengan sektor peruncitan dan hospitalit­i mewah.

Ia termasuk cadangan awalnya, iaitu membuka Harrods Hotel di Kuala Lumpur bernilai sekitar RM2 bilion menerusi usaha sama ditubuhkan antara Qatar Holding dan Jerantas Sdn Bhd pada 2012.

Jerantas adalah usaha sama antara anak syarikat milik penuh Tradewinds Corp Bhd, PS Trading Sdn Bhd yang menguasai 34 peratus kepentinga­n dan Gagasan Simfoni Sdn Bhd (66 peratus).

Bagaimanap­un, cadangan pembinaan hotel mewah 300 bilik itu yang dijadualka­n beroperasi pada 2018 tidak dapat diteruskan atas faktor tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia