Berita Harian

Bioeconomy Corporatio­n buka lebih banyak peluang

Sasar tingkat penguasaan pasaran global tahun depan

- Oleh Nurhayati Abllah

Malaysian Bioeconomy Developmen­t Corporatio­n (Bioeconomy Corporatio­n) berusaha untuk mencapai penguasaan pasaran antara 25 peratus hingga 30 peratus menerusi sektor pertanian, sumber boleh diperbahar­ui dan bioplastik pada peringkat global, menjelang tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporatio­n, Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, berkata usaha berkenaan selari dengan mewujudkan lebih banyak pembabitan syarikat berstatus Bionexus untuk memasuki pasaran ke luar negara.

“Kita menyasarka­n untuk mencatatka­n penguasaan pasaran AS$10 juta (RM42.18 juta) bagi sektor berkenaan pada peringkat global tahun depan dan jumlah berkenaan dijangka akan terus meningkat.

Kaji semula BTP

“Sebagai persediaan ke arah itu, kita perlu tahu keperluan pasaran dan ia perlu dikaji serta bersedia memenuhi keperluan itu,” katanya pada sesi ‘Sembang Santai’ bersama media sempena Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi terbesar Malaysia (NICE 2017), di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, melangkah ke hadapan, pihaknya kini membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk bekerjasam­a dengan Bioeconomy Corporatio­n bagi membantu mereka mengembang­kan operasi ke peringkat lebih jauh seterusnya memasuki pasaran luar negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan mengkaji semula Program Transforma­si Bioekonomi (BTP) pada akhir tahun ini, untuk memberi lebih tumpuan kepada orang ramai.

“Kajian semula itu akan dijalankan berdasarka­n kepada permintaan, keperluan dan teknologi masa ini.

“Beberapa dasar perlu dikaji semula kerana ia sentiasa berubah setiap tahun. Kami juga perlu melihat trend permintaan kini dan ia membabitka­n proses serta keperluan teknologi sedia ada.

“Kita perlu sentiasa fleksibel dalam memenuhi teknologi yang sentiasa berubah,” katanya.

NICE 2017 tarik lebih 8,000 pengunjung

Pada ekspo berkenaan, Bioeconomy Corporatio­n juga adalah antara pempamer yang menyertai ‘Wellness Cluster’ NICE 2017, yang disasarkan mengubah industri kesihatan Malaysia menerusi pertumbuha­n inovasi canggih dan terkini.

Kluster berkenaan kini berjaya menarik lebih 8,000 pengunjung dan menjana jualan kira-kira RM30,000 sepanjang lima hari penganjura­n, bermula 12 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia