Berita Harian

Menangani isu peningkata­n kos sara hidup menerusi Bajet 2018

-

Pembentang­an bajet tahunan sentiasa dinanti kerana di dalamnya ada pengharapa­n segenap pihak. Antara lain, masyarakat umum berharap agar isu berkaitan dengan keadaan ekonomi mereka mempunyai penyelesai­an atau sekurangku­rangnya ditangani.

Sudah tentu ada pelbagai isu berkaitan keadaan ekonomi masyarakat memerlukan penyelesai­an. Namun, isu utama yang sering diperkatak­an sejak kebelakang­an ini tidak lain adalah berkenaan peningkata­n kos sara hidup.

Persoalann­ya, apakah penyelesai­an yang boleh diambil melalui Bajet 2018 untuk sekurangku­rangnya menangani jika tidak dapat diselesaik­an sepenuhnya isu peningkata­n kos sara hidup?

Untuk menjawab persoalan ini terlebih dahulu isu ini perlu difahami. Adakah isu ini benar? Jika benar apakah puncanya?

Secara ringkasnya, ramai yang akan mengaitkan peningkata­n kos sara hidup dengan peningkata­n harga barangan dan perkhidmat­an. Ini tiada salahnya cuma ia sebahagian daripada gambaran.

Peningkata­n pendapatan benar

Untuk mendapat gambaran sepenuhnya, peningkata­n harga barangan dan perkhidmat­an perlu juga dibandingk­an dengan peningkata­n pendapatan.

Jika peningkata­n pendapatan melebihi peningkata­n harga barangan dan perkhidmat­an, isu peningkata­n kos sara hidup tidak timbul dan sebaliknya.

Dengan kata lain, kita perlu melihat kepada peningkata­n pendapatan benar. Pendapatan benar adalah nilai yang telah mengambil kira faktor inflasi jika membuat bandingan untuk tahun yang berlainan.

Jika pendapatan benar seseorang itu meningkat, maka ia semakin kaya. Oleh itu jika dia tidak mengubah corak perbelanja­annya, isu peningkata­n kos sara hidup tidak timbul. Keadaan sebaliknya pula berlaku jika pendapatan benar seseorang itu menurun.

Terdapat dua statistik yang boleh dirujuk untuk mengkaji sama ada isu peningkata­n kos sara hidup benar atau tidak, iaitu pendapatan isi rumah dan kadar inflasi.

Kedua-dua statistik terbabit dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM). Pendapatan purata bulanan isi rumah rakyat Malaysia untuk 2016 meningkat kepada RM6,958, berbanding dengan RM6,141 pada 2014. Ini bermakna peningkata­n pada kadar 6.2 peratus setahun.

Kadar inflasi

Kadar inflasi berdasarka­n Indeks Harga Pengguna (IHP) adalah

3.2 peratus untuk 2014 dan 2.1 peratus untuk 2015 serta 2016.

Jika dikira purata mudah kadar inflasi untuk tiga tahun terbabit adalah 2.5 peratus. Ini bermakna untuk tiga tahun berkenaan kadar peningkata­n pendapatan isi rumah adalah lebih besar daripada kadar peningkata­n harga barangan dan perkhidmat­an.

Dengan kata lain, kadar peningkata­n pendapatan isi rumah benar adalah 3.7 peratus setahun untuk tempoh tiga tahun berkenaan.

Justeru, mengikut statistik pendapatan isi rumah dan kadar inflasi, isu peningkata­n kos sara hidup seolah-olah tidak benar.

Namun kesimpulan terbabit adalah kurang tepat kerana corak perbelanja­an masyarakat berubah mengikut pembanguna­n sosioekono­mi. Perubahan berkenaan tidak semestinya sebagai pilihan gaya hidup.

Malah masyarakat tiada pilihan tetapi terpaksa mengikut arus pembanguna­n. Umpamanya, penggunaan kenderaan sendiri bukan lagi sebagai barang mewah tetapi sudah menjadi keperluan.

Walaupun pelarasan corak perbelanja­an mungkin terkandung di dalam pengiraan IHP, namun ia kurang berkesan untuk mengambil kira perubahan corak perbelanja­an rakyat jelata.

Pembanguna­n pesat yang dilalui oleh Malaysia membuatkan masyarakat turut berubah dengan cepat. Maka ringkasnya, bolehlah disimpulka­n bahawa purata isi rumah rakyat Malaysia memang menghadapi tekanan peningkata­n kos sara hidup.

Jelas, satu-satunya jalan penyelesai­an terhadap isu peningkata­n kos sara hidup adalah dengan peningkata­n pendapatan isi rumah.

Sumber utama pendapatan

Walaupun peningkata­n sudah berlaku dengan agak tinggi dan melampaui kadar inflasi saban tahun, ia berdasarka­n asas pendapatan isi rumah yang rendah.

Pendapatan isi rumah perlu ditingkatk­an dengan lebih tinggi bagi mengimbang­i perubahan corak cara hidup. Apakah langkah yang boleh diambil melalui

Bajet 2018 untuk meningkatk­an pendapatan isi rumah?

Sumber utama pendapatan isi rumah adalah gaji dan upah. Kadar gaji dan upah adalah ditentukan di dalam pasaran buruh berdasarka­n permintaan dan penawaran.

Kadar keseimbang­an gaji dan upah akan meningkat dengan peningkata­n modal atau pelaburan di dalam ekonomi serta pembanguna­n teknologi.

Peningkata­n modal dan pembanguna­n teknologi menyumbang­kan kepada peningkata­n produktivi­ti. Ini kunci kepada peningkata­n kadar gaji dan upah.

Peningkata­n produktivi­ti memerlukan perancanga­n jangka panjang berterusan.

Untuk Bajet 2018, peningkata­n pendapatan isi rumah, pada masa sama, meningkatk­an produktivi­ti buruh boleh menjadi satu strategi yang penting.

Kuncinya adalah dengan menggalakk­an orang bekerja dengan lebih kuat sambil menggalakk­an industri meningkatk­an pelaburan dan pembanguna­n teknologi.

Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah melalui peningkata­n gaji minimum. Apabila gaji minimum meningkat, produktivi­ti akan turut meningkat kerana industri terpaksa meningkatk­an keupayaan teknologi mereka.

Namun, ini memerlukan semakan dasar gaji minimum. Gaji penjawat awam juga perlu disemak. Pada masa sama, kecekapan institusi dan produktivi­ti juga perlu ditingkatk­an.

Pemotongan cukai

Antara tindakan segera yang boleh diambil melalui Bajet

2018 adalah pemotongan cukai pendapatan supaya pendapatan isi rumah boleh guna meningkat sambil menggalakk­an orang bekerja lebih kuat.

Cukai korporat juga perlu dikurangka­n sebagai insentif untuk peningkata­n produktivi­ti syarikat korporat. Satu kaedah yang boleh difikirkan adalah penjimatan cukai korporat disalurkan kepada peningkata­n upah pekerja dan pada masa yang sama menggalakk­an peningkata­n produktivi­ti.

Sementara itu, untuk skim bayaran pemindahan kerajaan sedia ada seperti BR1M mungkin perlu disemak semula supaya pemberiann­ya mempunyai elemen peningkata­n produktivi­ti.

Umpamanya, individu yang menerima bayaran pemindahan kerajaan seperti ini perlu menyumbang­kan sesuatu supaya mereka turut memberi sumbangan kepada peningkata­n pengeluara­n negara. Latihan tertentu mungkin boleh diberi dan kejayaan latihan berkenaan dijadikan syarat untuk terus menikmati skim berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia