Berita Harian

Bursa tempatan susut 0.95 mata

Aktiviti belian saat akhir pacu pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam berikutan aktiviti jualan secara sederhana bagi saham wajaran tinggi terpilih walaupun kebanyakan pasaran serantau mencatat aliran meningkat, kata peniaga.

Ketika ditutup, petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.95 mata kepada 1,754.37 selepas berlegar antara 1,749.49 dan 1,759.31 sepanjang dagangan semalam.

Ia dibuka 3.80 mata lebih tinggi kepada 1,759.12 daripada 1,755.32 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Di pasaran lebih luas, kaun- ter rugi mengatasi untung iaitu 448 berbanding 372 dengan 451 kaunter tidak berubah, 589 tidak didagangka­n manakala 35 lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.16 bilion unit bernilai RM2.27 bilion daripada 3.22 bilion unit bernilai RM1.99 bilion pada Jumaat lalu.

Seorang peniaga berkata, kebanyakan pasaran saham Asia mencatat kenaikan hari ini ketika pelabur menaruh harapan terhadap prospek ekonomi serantau dengan mengambil kira petunjuk ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta pengumuman data inflasi China dijadualka­n pada Rabu ini.

“Saham-saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi pada awal pagi ini tetapi beransur-ansur susut susulan tekanan jualan. Bagaimanap­un, pada saat akhir dagangan menyaksika­n aktiviti belian yang turut memacu pasaran,” katanya.

Pada peringkat serantau, pasaran Nikkei 225 Jepun naik 0.47 peratus kepada 21,255.56, Hang Seng Hong Kong menokok 0.76 peratus kepada 28,692.80 manakala Kospi Korea Selatan meningkat 0.26 peratus kepada 2,480.05.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank merosot lima sen kepada RM9.46, Public Bank rugi empat sen kepada RM20.46, Tenaga untung enam sen kepada RM14.26 manakala Sime Darby meningkat tiga sen kepada RM9.08.

Kelompok saham aktif pula menyaksika­n Netx dan Hibiscus masing-masing tidak berubah pada enam sen dan 74 sen, Vivocom meningkat setengah sen kepada 15 sen dan DGB Asia pula naik dua sen kepada sembilan sen.

Indeks FBM Emas menambah 14.80 mata kepada 12,594.49, Indeks FBM Emas Shariah menokok 25.05 mata kepada 12,902.23 manakala FBM 70 melonjak 101.00 mata kepada 15,343.84.

Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 15.37 mata kepada 12,240.59 dan FBM Ace menambah 52.91 mata kepada 6,975.65.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n naik 8.81 mata kepada 7,975.59, Indeks Perusahaan menambah 13.61 mata kepada 3,229.23 namun Indeks Kewangan sebaliknya berkuranga­n 39.35 mata kepada 16,481.27.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.48 bilion unit bernilai RM2 bilion daripada sejumlah 1.79 bilion unit bernilai RM1.76 bilion yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 1.51 bilion saham bernilai RM221.38 juta berbanding 1.29 bilion saham bernilai RM216.55 juta.

Jumlah waran juga tinggi kepada 149.06 juta unit bernilai RM17.22 juta berbanding 127.60 juta unit bernilai RM13.07 juta.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 66.68 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (352.23 juta), pembinaan (117.61 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (492.65 juta), teknologi (145.53 juta), infrastruk­tur (6.1 juta), SPAC (395,000), kewangan (58.98 juta), perhotelan (702,600), hartanah (189.44 juta), perladanga­n (35.30 juta), perlombong­an (14,000), REIT (14.76 juta) dan dana tertutup (9,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia