Berita Harian

Petunjuk positif Wall Street lonjak indeks

-

Pasaran saham Asia meneruskan keuntungan semalam selepas mendapat petunjuk positif dari Wall Street. Dalam perkembang­an berkaitan, dolar bergelut mengekalka­n nilainya berikutan angka inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

Ekuiti di seluruh dunia meneruskan rali berikutan keyakinan terhadap ekonomi global dan musim kewangan korporat pada masa ini.

Ketiga-tiga indeks utama New York turut meningkat menyusuli angka jualan runcit yang meyakinkan dalam ekonomi terbesar dunia itu.

Saham Tokyo mencecah paras tertinggi dalam tempoh 21 tahun, meningkat 0.5 peratus berikutan peniaga yakin dengan pengukuhan laporan korporat.

Tinjauan mendapati Perdana Menteri, Shinzo Abe berada dalam landasan untuk menang mudah dalam pilihan raya Jepun yang melonjakka­n sentimen.

Hong Kong meningkat 0.7 peratus dalam tengah hari, hampir kepada paras tertinggi dalam 10 tahun dan terdapat peningkata­n yang sihat di Sydney, Seoul dan Singapura.

Shanghai susut 0.4 peratus menjelang Kongres Nasional yang bakal bermula Rabu ini.

Presiden Xi Jinping dijangka akan dilantik sebagai Presiden bagi penggal kedua.

Sementara itu, pasaran saham Eropah melonjak dalam urus niaga awal, menyusuli peningkata­n besar di Asia.

London naik 0.3 peratus, Paris dan Frankfurt naik masing-masing 0.2 peratus.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ketiga-tiga indeks utama New York turut meningkat menyusuli angka jualan runcit yang meyakinkan dalam ekonomi terbesar dunia itu.
[FOTO HIASAN] Ketiga-tiga indeks utama New York turut meningkat menyusuli angka jualan runcit yang meyakinkan dalam ekonomi terbesar dunia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia