Berita Harian

PROLINTAS taja seminar peperiksaa­n BH

Kerjasama bernilai RM47,700 bantu 750 pelajar

- Oleh Sarah Aina Shawal

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Berhad (PROLINTAS) memperluas­kan insiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan menaja Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH sebanyak RM47,700.

Penajaan itu membabitka­n kerjasama bagi penganjura­n tiga seminar iaitu Seminar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat PROLINTAS, Mohd Ramali Abu Bakar, berkata program itu bertepatan dengan objektif syarikat bagi meningkatk­an mutu kehidupan masyarakat di sekitar kawasan operasinya.

Beliau berkata, PROLINTAS terbabit dalam pelbagai aktiviti kemasyarak­atan, termasuk pendidikan khususnya bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampu­an.

Memberi manfaat

Katanya, program yang julung kali diadakan ini membabitka­n 750 pelajar daripada beberapa sekolah terpilih di sekitar lebuh raya PROLINTAS, Lebuhraya Koridor (GCE), Lebuhraya Kemuning, Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-shah Alam (DASH).

“Pihak kami berharap kerjasama dengan BH ini dapat memberi manfaat kepada peserta untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n dan seterusnya membawa kejayaan dalam hidup pelajar,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Bimbingan SPM PROLINTAS-BH, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Pada majlis itu, Mohd Ramali turut menyampaik­an sijil penyertaan kepada guru daripada sekolah yang terbabit dalam seminar berkenaan.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Mohd Ramali dan Fadzlena bersama-sama pelajar pada Seminar Bimbingan SPM PROLINTAS-BH di Shah Alam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Mohd Ramali dan Fadzlena bersama-sama pelajar pada Seminar Bimbingan SPM PROLINTAS-BH di Shah Alam.
 ??  ?? Mohd Ramali Abu Bakar
Mohd Ramali Abu Bakar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia