Berita Harian

Dua pekerja ladang dibunuh

Kejadian berasingan babitkan mangsa warga Indonesia, Filipina

- Oleh Juzaimie Jazlan bhnews@bh.com.my

Dua pekerja ladang mati dibunuh akibat pergaduhan dalam dua kejadian berasingan di Kinabatang­an dan Ranau, kelmarin.

Dalam kejadian pertama kirakira jam 8.45 pagi di hadapan rumah pekerja di Ladang Gomantong Paris 2 Kinabatang­an, warga Indonesia, Ewan Ibrahim, 30, maut ditetak dengan parang dan cedera tangan kanan.

Mayat mangsa ditemui pada jam 1 tengah hari dalam kawasan ladang kelapa sawit, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian ketika cuba melarikan diri daripada penyerangn­ya.

Suspek warga Indonesia berumur 35 tahun turut cedera akibat ditikam mangsa dalam pergaduhan itu dan kini menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Berlaku pertengkar­an

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din pada sidang media semalam, berkata siasatan mendapati suspek ke rumah mangsa sebelum berlaku pertengkar­an kerana mangsa tidak hadir bekerja hampir dua bulan.

“Susulan itu berlaku pertengkar­an menyebabka­n suspek marah dan membaling batu hingga terkena belakang mangsa. Mangsa mengejar dan menendang suspek yang terus melarikan diri.

“Suspek kemudian datang semula ke rumah mangsa lalu menetak menggunaka­n parang. Mangsa pula memegang pisau, menyerang serta menikam suspek dua kali pada rusuk kanan dan perut,” katanya.

Dalam kes berasingan di ladang kelapa sawit di Kampung Wahulu, Ranau, warga Filipina, Gordon Batangan, 30-an, ditemui mati dalam keadaan meniarap di bahagian pintu dapur rumah kongsi ladang itu.

Katanya, mangsa mempunyai kesan luka sepanjang empat sentimeter di belakang badan dipercayai ditikam dengan objek tajam dalam insiden kira-kira jam 7.30 malam itu.

Salah faham

“Kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara mangsa dengan beberapa pekerja ladang. Polis menerima maklumat selepas dihubungi pengurus ladang pada jam 9 malam,” katanya.

Susulan itu, katanya, polis menahan tujuh lelaki Filipina kirakira jam 12 tengah hari semalam serta menemui sebilah parang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

“Polis sedang mengenal pasti suspek utama kes berkenaan," katanya.

 ?? [FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN/BH] ?? Ramli (tengah) ketika sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, semalam.
[FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN/BH] Ramli (tengah) ketika sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia