Berita Harian

EX-STORM dilaksana di Pasir Gudang

Siri latihan uji kesiapsiag­aan pelbagai agensi hadapi bencana

- Oleh Junita Mat Rasid

Kes kapal berlanggar, kebakaran tangki di kilang dan kebocoran bahan kimia berbahaya menjadi antara lima situasi bencana di lima lokasi berbeza pada Latihan Mekanisme Tindak Balas dan Operasi Pasukan Khas (EX-STORM) Ke-19, yang diadakan di sekitar Pasir Gudang, dekat sini, selama dua hari bermula Sabtu ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang, berkata siri latihan selama 12 jam dikendalik­an Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membabitka­n pelbagai agensi penyelamat utama.

Katanya, program dengan kerjasama Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (PAGEMA) julung kali diadakan dengan pembabitan pihak swasta di Pasir Gudang.

“Latihan pertama membabitka­n perlanggar­an kapal dan lemas di Pelabuhan Tanjung Langsat, kebakaran tangki di kilang, senario membabitka­n bahan kimia berbahaya dan runtuhan bangunan di kuarters Kastam dan Imigresen.

“Kita mengambil kesempatan membuat senario dalam situasi sebenar dan akan ada mangsa dengan lokasi kelima membabitka­n pemindahan di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JBPM Johor di Kangkar Tebrau, kelmarin.

Uji kesiapsiag­aan agensi

Mohd Rizal berkata, objektif utama penganjura­n latihan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menguji kesiapsiag­aan pelbagai agensi dalam menghadapi insiden dan bencana

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia