Berita Harian

Deepavali terindah

Thanuja tak sabar berkumpul bersama keluarga rai pesta cahaya

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid bhhip@bh.com.my

Sudah menjadi tradisi di Malaysia, setiap kali tiba musim perayaan, seluruh anggota keluarga pasti berkumpul. Meninggalk­an rutin harian dan komitmen tugas, masa bersama dimanfaatk­an untuk bertanya khabar, melawat golongan tua, selain menjamu selera.

Sempena pesta cahaya yang bakal dirai penganut Hindu esok, pelakon dan peragawati popular, Thanuja cukup teruja. Masakan tidak, dia bakal meraikan hari istimewa itu bersama abangnya yang kembali ke Malaysia selepas 20 tahun menetap di Ireland.

“Saya tidak sabar, kali ini, Deepavali diraikan bersama abang dan keluargany­a termasuk seorang anak saudara.

“Jarang betul dapat berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan tugasan, selain dia menetap jauh,” katanya pada sesi foto- grafi bersama HIP.

Bercerita soal juadah, jangan tidak tahu, Thanuja ‘bersilat’ di dapur setiap kali menjelang Deepavali. Ini kerana Thanuja diberi tanggungja­wab menyediaka­n juadah keluarga.

Selain hidangan wajib Deepavali, Thanuja yang suka makanan pedas, akan memastikan cili padi dan sambal belacan disediakan sebagai juadah penambah selera.

“Saya memang suka pedas. Kalau sajian Barat pun, saya akan minta kepingan cili untuk menjadikan ia lebih pedas.

“Jangan tak tahu, saya memang terkenal dengan cili padi apabila memasak. Bagi saya, apabila pedas, bertambah selera dan makanan lebih enak,” kata bekas ratu cantik ini.

Thanuja memberitah­u, selain berkumpul bersama keluarga yang dirindui, dia akan menziarahi saudara-mara. Selain itu, Thanuja merancang bercuti bersama keluarga untuk beberapa hari.

“Kami akan melawat sanak saudara dan bertanya khabar kerana jarang berjumpa.

“Selepas itu, saya akan mengambil peluang untuk bercuti. Saya fikir ini momen penting untuk bersama keluarga, berbual dan meluangkan masa bersama. Selalunya, saya sibuk dan jarang dapat bersama keluarga,” katanya.

Mengenai kerjaya di pentas peragaan, pelakon filem Temuan Takdir itu memberi bayangan mengucapka­n selamat tinggal kepada dunia modelling.

Fokus lakonan, pengacaraa­n

Thanuja mengaku jadual hariannya padat, malah fokus lebih terarah kepada bidang lakonan dan pengacaraa­n.

“Saya sudah boleh katakan ‘separuh’ bersara sebagai peragawati. Kalau ada pun, hanya untuk projek besar.

“Ketika ini, saya lebih memberi tumpuan kepada dunia lakonan dan pengacara. Terbaru, saya mengemudi program Best In Town di

NTV7,” katanya.

Bagi Thanuja, program itu sangat menarik kerana membawa penonton menjejaki restoran dan kedai makan enak di seluruh negara.

Akuinya, sebagai ‘kaki makan’, dia seronok mengendali­kan program terbabit, apatah lagi dirinya cukup menghargai makanan.

“Saya seorang yang kuat makan dan suka mengunyah. Memang selalu lapar.

“Bagi saya, setiap tiga jam, saya mesti makan, kalau tidak, saya tidak boleh buat kerja,” katanya tertawa.

Mengulas lebih lanjut mengenai dunia peragaan dan kerjaya sebagai model, Thanuja mahu setiap pihak usah tersalah anggap dengan profesion itu.

Menurutnya, sebagai model, mereka bukan saja perlu menggayaka­n baju ciptaan pereka dan melangkah di pentas atau beraksi di hadapan kamera. Sebaliknya, banyak komitmen dan skil diperlukan untuk menyempurn­akan tugas itu.

“Misalnya, apabila perlu menggayaka­n pakaian mandi, ia bukanlah semudah yang disangka. Liuk lintuk badan memerlukan seni dan kreativiti.

“Kerjaya peragawati sebenarnya suatu seni. Orang ramai perlu melihatnya sebagai kerjaya kreatif dan suatu seni dalam gaya,” katanya.

Mengenai bidang lakonan, Thanuja mengimpika­n watak adiwira mahupun serius bagi menguji kemampuann­ya beraksi.

Malah, graduan undangunda­ng ini tidak menolak andai terpaksa disolek menjadi hodoh atau buta dalam filem.

“Saya mahukan watak mencabar, bukan hanya cantik atau jadi model sematamata.

“Saya sedia menyahut cabaran dan mahu serius dalam bidang lakonan,” katanya.

Enggan warna rambut, putihkan kulit

Bercerita mengenai rahsia kecantikan, Thanuja berkata, dia tidak pernah mewarna dan meluruskan rambut biarpun dirinya model.

Thanuja memberitah­u, dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan menampilka­n keaslian tanpa membuat sebarang perubahan.

“Katalah apa saja, saya selesa menjadi diri sendiri dan yakin dengannya. Bagi saya, itu lebih baik.

“Mengapa perlu ikut orang atau berbuat sesuatu kerana pandangan orang lain,” katanya.

Thanuja pernah menolak beberapa tawaran untuk menjadi wajah dan jurucakap produk memutihkan kulit kerana berasa tidak memerlukan semua itu.

Thanuja yang menyertai pertanding­an Masterchef Malaysia musim pertama, mengaku pernah dikritik kerana berkulit gelap dan berambut kembang.

“Saya tidak perlu jadi putih sebab saya memang dilahirkan begini. Saya percaya boleh berjaya dengan apa yang saya ada.

“Bukan sombong, tapi bagi saya, apa guna saya jadi wakil produk kalau saya tak selesa atau memerlukan­nya,” katanya.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ]
 ??  ?? Thanuja (tiga dari kiri) bersama rakan artis, dari kiri; Bala Ganapathi, Jasmin Michael, Pushpa Narayan, Sangeeta Krishnasam­y dan Shashi Tharan pada upacara penyalaan pelita kolam di Hotel Park Royal Kuala Lumpur.
Thanuja (tiga dari kiri) bersama rakan artis, dari kiri; Bala Ganapathi, Jasmin Michael, Pushpa Narayan, Sangeeta Krishnasam­y dan Shashi Tharan pada upacara penyalaan pelita kolam di Hotel Park Royal Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri; Pushpa, Thanuja, Jasmin dan Sangeeta (belakang) gembira dapat meraikan Deepavali bersama insan tersayang.
Dari kiri; Pushpa, Thanuja, Jasmin dan Sangeeta (belakang) gembira dapat meraikan Deepavali bersama insan tersayang.
 ??  ?? Thanuja (kanan) ketika mengacarak­an Festival Filem Malaysia ke-29.
Thanuja (kanan) ketika mengacarak­an Festival Filem Malaysia ke-29.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia