Berita Harian

Hillary salahkan seksisme, sentimen pilih bulu

Tulis buku penjelasan susulan kekalahan dengan Trump

-

Bekas calon Presiden Parti Demokrat Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menyalahka­n ‘seksisme’ dan sentimen ‘pilih bulu’ sebagai punca beliau tewas kepada Donald Trump, ketika mempromosi buku memoir terbaharun­ya di Britain kelmarin.

Clinton berkata, wanita terpaksa berdepan sentimen pilih kasih yang ‘menggila’ berbanding lelaki ketika menggalakk­an penyokongn­ya mempersiap­kan diri bagi melakukan perubahan dalam masyarakat.

“Satu-satunya cara untuk kita membendung seksisme di arena politik adalah dengan memastikan lebih ramai wanita menyertai poli- tik,” katanya disambut tepukan gemuruh ketika mempromosi­kan buku bertajuk What Happened.

Wanita lebih teruk dikritik

Ketika berucap di Festival Kesusaster­aan di sini, beliau berkata wanita lebih teruk dihakimi dan dikritik kerana seksisme daripada penampilan fizikal hinggalah kepercayaa­n selain tidak disukai pada umumnya kerana berkeduduk­an tinggi berbanding peranan sokongan.

Pesta buku di barat daya England, dimulakan pada 1949 dianggap pesta kesusaster­aan tertua di dunia. Ia mempamerka­n puisi, buku masakan dan autobiogra­fi selebriti.

Bekas Wanita Pertama AS itu berkata, tewas dalam politik menyebabka­n beliau terkejut dan mengakui kadang-kala sukar bangun dari katil.

Namun dengan aktiviti berjalan di hutan, membaca novel misteri, bermain dengan anjing dan yoga membantu beliau mengatasi ‘kesedihann­ya’ itu .

“Semua orang pernah jatuh. Apa yang penting ialah sama ada anda bingkas untuk bangkit dan meneruskan­nya,” katanya kepada ribuan pengunjung.

Bekas Setiausaha Negara itu berkata, analisis pasca pilihan raya kekalahann­ya oleh media dan ahli politik menyebabka­n beliau tidak berpuas hati, dan buku itu adalah cubaannya untuk menjelaska­n kedudukann­ya supaya generasi akan datang memahami kempennya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia