Berita Harian

Serangan ribut ancam Vietnam

-

Hanoi: Vietnam semalam berdepan serangan ribut baharu ketika angka kematian rasmi akibat banjir dan tanah runtuh minggu lalu meningkat kepada 72 orang.

Hujan lebat di utara dan tengah Vietnam minggu lalu, menyebabka­n banjir dan tanah runtuh yang mengorbank­an berpuluh mangsa, menenggela­mkan ribuan rumah serta 30 mangsa hilang dalam bencana alam terburuk di negara itu.

Pencarian terdesak mangsa yang hilang diteruskan semalam, dengan pihak berkuasa cuba mengosongk­an jalan raya ketika Siklon Tropika Khanun membadai ke arah utara Vietnam.

Khanun ancam bawa hujan lebat

Peramal kaji cuaca berkata, Khanun lemah daripada taufan selepas melalui selatan Hong Kong.

Namun ia mengancam membawa hujan lebat dan keadaan sukar di kawasan dilanda banjir dan tanah runtuh termasuk wilayah Hoa Binh di mana 23 maut minggu lalu.

Wilayah itu mengisytih­arkan darurat semalam selepas amaran lebih banyak tanah runtuh berlaku ketika Khanun mendekati.

“Wilayah berkenaan menumpukan usaha dan peralatan memperbaik­i lalu lintas,” kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana.

Agensi itu berkata, lebih 50,000 rumah di tujuh wilayah di utara dan tengah Vietnam ditenggela­mi air atau musnah setakat ini.

Kira-kira 300,000 ternakan mati dan sejumlah besar kawasan tanaman lenyap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia