Berita Harian

Hafizh, Super KIP alami nasib berbeza

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Dua penamat di podium pada musim ini dengan yang terbaru di Grand Prix (GP) Jepun, membuktika­n Hafizh Syahrin Abdullah kini semakin matang dalam arena permotoran dua roda.

Kelmarin, pelumba PETRONAS Raceline itu berjaya menamatkan perlumbaan di Litar Twin Ring Motegi di tangga ketiga dan seperti biasa dia yang diberi jolokan 'Pescao' itu jelas menyerlah beraksi di trek basah.

Menambah kegembiraa­n Hafizh, penamat ketiga yang diperoleh di GP San Marino bulan lalu diangkat kepada kedua selepas pelumba Switzerlan­d, Dominique Aegerter dibatalkan kemenangan­nya kerana melanggar peraturan teknikal.

Namun di sebalik musim cemerlang Hafizh, terdapat lagi seorang pelumba negara yang beraksi di kelas pertengaha­n iaitu Khairul Idham Pawi yang pada musim lalu menjadi fenomena muncul selaku pemenang Moto3 di GP Argentina dan Jerman.

Tidak banyak yang boleh diperkatak­an mengenai pelumba IDEMITSU Honda Asia yang juga 'pakar litar basah' itu untuk musim ini, selain hanya untuk menimba pengalaman dalam kelas Moto2 yang jauh berbeza berbanding Moto3.

Super KIP kumpul 9 mata

Khairul Idham atau dikenali Super KIP sudah mengumpul sembilan mata daripada 15 perlumbaan dan kelmarin, dia menamatkan saingan di Jepun pada tangga ke-23 tatkala musim 2017 hanya berbaki tiga pusingan.

“Ia perlumbaan yang sangat sukar buat saya kerana bermula dari grid belakang dan perlu mengharung­i keadaan sukar yang mengganggu penglihata­n,” kata Khairul Idham.

“Namun, saya tidak berputus asa dan dapat meraih posisi dan mencatat 2 minit 09 saat (sepusingan) di beberapa baki pusingan.

“Biarpun saya tidak gembira dengan penamat ke-23 ini, ia bagaimanap­un satu hujung minggu yang positif kerana saya dapat menimba lebih banyak pengalaman.”

Apapun Khairul Idham dan seorang lagi pelumba negara dalam kelas Moto3, Adam Norrodin yang tidak menamatkan perlumbaan di Jepun harus tidak berputus asa apatah lagi minggu ini dijadual mengharung­i cabaran lebih besar di litar Phillip Island - litar yang dikenali dengan kelajuan dan cuaca tidak menentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia