Berita Harian

Pemain Asia gagal menyerlah

- Oleh Farah Azharie

Kuala Lumpur: Edisi kelapan saingan golf CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur yang melabuhkan tirainya kelmarin, terus gagal melahirkan juara di kalangan pemain Asia pada kejohanan yang diiktiraf Jelajah Asia itu.

Kebarangka­lian untuk melihat juara daripada benua ini menjadi semakin rendah gara-gara hanya 12 daripada 78 pemain yang mengambil bahagian, diberikan kepada pemain Jelajah Asia manakala selebihnya untuk Jelajah PGA.

Semua pemenang saingan yang menawarkan hadiah AS$7 juta (RM29 juta) itu hadir daripada bumi Amerika Syarikat (AS) dengan Ben Crane muncul juara sulung edisi 2010 diikuti Bo Van Pelt (2011), Nick Watney (2012), Ryan Moore (2013 and 2014), Justin Thomas (2015 and 2016) dan Pat Jerez (2017).

Untuk kali ini, status sebagai pemain terbaik Asia di CIMB Classic menjadi milik pemain Korea Selatan Kang Sung-hoon - yang beraksi dalam Jelajah PGA - di mana dia menamatkan saingan berkongsi tangga ketiga bersama Xander Schauffele selepas mencatat 17 di bawah par 271.

Tetapi untuk sepanjang lapan edisi, pencapaian terbaik Asia dirakam oleh bintang Jepun Hideki Matsuyama pada tahun lalu yang menyaksika­n pemain nombor tiga dunia itu meraih tangga kedua.

Kempen gagal

Namun, wakil Malaysia mengharung­i kempen yang tidak baik pada tahun ini tatkala mereka gagal mencapai jangkaan sepanjang empat hari aksi.

Penamat terbaik Malaysia kali ini menerusi juara Taiwan Masters 2017, Gavin Kyle Green yang berkongsi tangga ke-61 bersama pemain AS, Jim Herman (288).

Pendahulu carta Order of Merit Jelajah Asia itu mencatat pusingan 73-71-69-75 untuk membawa pulang AS$15,190 (RM63,888) atas persembaha­nnya, itu sekali gus mengukuhka­n penguasaan­nya dalam carta berkenaan.

Jaguh veteran negara, Danny Chia pula menamatkan kempen dengan mencatat 289 pukulan (satu pukulan di atas Gavin) untuk menutup cabaran di tangga ke-63.

Tetapi, ia menyaksika­n pemain profesiona­l negara, Nicholas Fung bergelut pada edisi kali ini apabila catatan buruk tujuh di atas par 79 pada hari kedua untuk 11 di atas par 299 meletakkan dia menghuni tangga ke-76 daripada 78 pemain.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ] ?? Gavin melakukan pukulan pada pusingan pertama golf CIMB
Classic di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ] Gavin melakukan pukulan pada pusingan pertama golf CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia