Berita Harian

Syarat terbaru Misbun

Hanya pemain bersedia dihantar sertai kejohanan antarabang­sa

- Oleh Helmi Talkah

Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek menegaskan hanya pemain yang benarbenar bersedia akan dihantar menyertai kejohanan antarabang­sa.

Katanya, keputusan itu adalah bagi memastikan pemain mempamerka­n aksi terbaik mereka setiap kali dihantar menyertai kejohanan.

“Tiada guna kita hantar pemain kalau kita rasakan mahu menang pusingan pertama atau kedua pun susah. Jadi, lebih baik dalam tempoh sebulan dua ini, mereka terus menjalani latihan untuk perbaiki apa yang sepatutnya.

“Bila mereka benar-benar sudah bersedia baru kita hantar mereka sertai kejohanan. Bila sudah hantar nanti, saya harap mereka boleh tunjukkan kemampuan sebenar,” katanya semalam.

Belum cetus impak

Kecuali Datuk Lee Chong Wei, barisan pemain perseorang­an lelaki negara yang lain masih gagal mencetuska­n impak positif di pentas antarabang­sa.

Misbun ketika ini melatih lapan pemain elit, iaitu Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Lim Chi Wing, Lee Zii Jia, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Tan Jia Wei.

Dia dibantu oleh jurulatih per- seorangan lelaki, Indra Wijaya, manakala dua lagi jurulatih iaitu Hendrawan dan Sairul Amar Ayob melatih Leong Jun Hao, Sim Fong Hau, Cheam June Wei dan Tan Choong Yen.

Misbun yang kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Julai lalu bagaimanap­un, berkata beliau sudah mempunyai perancanga­n mengenai program latihan dan penyertaan ke kejohanan untuk semua pemain di bawah kendaliann­ya.

“Saya akan buat perancanga­n berdasarka­n kemampuan pemain untuk program latihan mereka. Perancanga­n juga berdasarka­n kedudukan ranking dunia mereka untuk dihantar menyertai kejohanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia