Berita Harian

Saizul puas prestasi anak buah

- Oleh Fadhli Ishak

Kuala Lumpur: Jurulatih ragbi tujuh sebelah kebangsaan, Saizul Hafifi Md Noor tetap berpuashat­i dengan prestasi anak buahnya meskipun tersingkir di peringkat suku akhir Siri Tujuh Sebelah Asia yang menutup tirainya di Sri Lanka, kelmarin.

Saizul berkata, dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyenarai­kan pasukan yang kurang berpengala­man di Colombo namun jelas terkejut dengan prestasi yang dipamerkan pasukan.

Malaysia menamatkan kejohanan yang berlangsun­g di Stadium Ragbi Antarabang­sa Racecourse itu di kedudukan keenam.

“Kami terpaksa membawa skuad kurang berpengala­man ke Sri Lanka apabila ramai pemain utama kami perlu menjalani peperiksaa­n di universiti masing-masing selain terikat dengan tugasan pelajaran,” kata Hafifi.

“Pasukan melakukan tugas dengan baik apabila meraih mata pertama menentang Sri Lanka dan mengekang 5-5 di babak pertama, selain juga hampir menewaskan Filipina.

Kurang pengalaman

Saizul berkata barisan pemainnya berjaya menunjukka­n kemampuan untuk bersaing dengan pasukan utama tetapi kekurangan pengalaman mungkin menjadi penghalang.

“Saya mahu berterima kasih kepada pemain baharu yang dibawa masuk kerana melakukan tugas dengan baik, terutama Hashraffud­din Basir, Muhammad Azizul Hakim Che Oon dan Zaiheri Zumardi.

“Kami harus berusaha gigih dan terus berusaha supaya kami dapat beraksi di tahap tertinggi pada Sukan Asia di Indonesia tahun depan,” katanya.

Pasukan negara tewas 22-5 di tangan tuan rumah Sri Lanka dalam saingan suku akhir Cup (perlawanan utama).

Mereka bangkit mencipta kemenangan 17-0 ke atas Taiwan dalam saingan separuh akhir Plate sebelum kecundang 19-17 kepada Filipina dalam final Plate (penentuan tempat kelima).

Malaysia menamatkan musim Siri Tujuh Sebelah Asia diranking ketujuh keseluruha­n dengan 10 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia