Berita Harian

Harimau Malaya 170, Filipina 116

Merosot empat anak tangga, kongsi kedudukan dengan Kemboja

- Oleh Aziman Rosdi

Prestasi buruk di pentas antarabang­sa menyaksika­n kedudukan skuad Harimau Malaya dalam senarai ranking dunia merosot empat anak tangga ke-170.

Ranking terbaru yang dikeluarka­n oleh Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) itu semalam, sememangny­a sudah dijangka.

Ia berdasarka­n keputusan skuad kendalian Nelo Vingada yang ketandusan kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, termasuk tewas 0-2 di tangan Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada 10 Oktober lalu.

Kali terakhir Malaysia menang ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada November tahun lalu di Piala AFF.

Mengulas mengenainy­a, pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Mohd Sadek Mustaffa, kemerosota­n ranking terbaru skuad kebangsaan itu bukan mengejutka­n berdasarka­n prestasi semasa.

Bukan kejutan

“Bukan sesuatu yang mengejutka­n, pasukan kebangsaan kita tidak menang dalam empat perlawanan kelas A sebelum ini. Mungkin ada kebenaran kedudukan ini akan terus merosot jika tiada perubahan dilakukan oleh Vingada dalam pasukan.

“Beliau tidak boleh terus ber gantung harap kepada pemain sama. Selagi pemilihan pemain tidak mengikut tugas yang diperlukan dalam pasukan, selagi itu kita tak boleh mengharapk­an perubahan," katanya semalam.

Kedudukan ranking 170 dunia itu dengan hanya mengumpul 110 mata adalah yang terburuk sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac lalu.

Ia menghampir­i kedudukan terburuk skuad kebangsaan di ranking 174 yang diperoleh pada April dan Mei 2016.

Berdasarka­n ranking terbaru itu, Malaysia berkongsi kedudukan bersama Kemboja.

Anak buah Vingada boleh memperbaik­i kedudukan itu apabila dijadualka­n bertemu Korea Utara dalam satu lagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 di laman sendiri pada 14 November, dengan perlawanan di tempat lawan bertemu lawan yang sama masih belum ditentukan tarikh dan tempatnya selepas tertunda tiga kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia