Berita Harian

FMLLP tak berdiam diri insiden mercun

-

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) tidak berdiam diri, sebaliknya akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung insiden mercun mencederak­an penonton di Stadium Perak, selepas aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh badan pentadbir Liga Malaysia itu semalam, ia mengesahka­n akan meneliti laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum diserahkan kepada Jawatankua­sa Tatatertib FAM untuk tindakan lanjut.

Selain itu, FMLLP turut memberi jaminan mengetatka­n kawalan keselamata­n aksi separuh akhir kedua bukan sahaja membabitka­n aksi kedua-dua pasukan itu di Larkin pada 21 Oktober ini, malah saingan Kedah dengan FELDA United di Alor Setar.

“FMLLP juga komited bekerjasam­a penuh dengan pihak berkuasa bagi sebarang tindakan susulan dari sudut ketenteram­an awam dan memastikan keganasan bola sepak tidak lagi berulang di semua perlawanan akan datang termasuk separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 pada hujung minggu ini,” kata kenyataan itu.

Cedera kepala, perut

Perlawanan antara Perak dan Johor DT di Ipoh ini berkesudah­an 1-1, namun apa yang mengejutka­n adalah insiden selepas tamat perlawanan apabila ada penyokong bertindak membaling objek termasuk mercun ke dalam padang dan di luar stadium.

Tindakan ganas itu mengakibat­kan seorang penyokong cedera di kepala dan perut dipercayai terkena letupan mercun.

Mengulas insiden berkenaan semalam, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahka­n dua termasuk seorang anggota polis cedera dalam kekecohan selepas tamat perlawanan berkenaan.

Katanya, keadaan dalam stadium sepanjang perlawanan adalah terkawal namun berlaku kekecohan sebaik ia berakhir dipercayai berpunca daripada penyokong Perak manakala penyokong JDT dikawal anggota polis ketika keluar dari stadium.

Beberapa individu, katanya turut ditahan dipercayai menimbulka­n kekecohan dan membaling mercun di luar stadium.

Seramai 1,000 pegawai dan anggota polis serta Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) mengawal keselamata­n di stadium berkenaan dan bersurai pada jam 12.15 tengah malam selepas suasana kembali tenang dan terkawal.

FMLLP dalam kenyataan sama, turut menyatakan ucapan penghargaa­n kepada pihak berkuasa susulan tindakan pantas untuk membendung insiden itu daripada menjadi lebih buruk.

“FMLLP juga menyeru kepada semua penyokong bola sepak tempatan untuk bersama-sama berganding bahu membantera­s perkara-perkara seumpama ini. Jadikan stadium sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia