Berita Harian

‘FELDA akan bangkit di Kedah’

Sathianath­an anggap bukan mustahil anak buah singkir Helang Merah

- Oleh Nik Sukry Ramli

FELDA United melaungkan amaran mereka akan bangkit pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia untuk layak ke pentas akhir buat pertama kali dalam sejarah penubuhan kelab itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu ini.

Keyakinan itu disuarakan oleh pengendali­nya, B Sathianath­an dengan menegaskan anak buahnya akan tampil lebih mantap selepas terikat 1-1 dengan juara bertahan, Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, di sini, kelmarin.

Walaupun Kedah memperoleh kelebihan jaringan di tempat lawan, namun bagi pembimbing skuad The Fighters itu, tidak mustahil untuk mereka mengubah keputusan itu pada saingan separuh akhir kedua.

Keputusan adil

“Jika mereka boleh menjaringk­an gol di sini (Stadium Tun Abdul Razak) pemain kami juga boleh melakukan perkara sama. Tidak ada masalah dan saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil.

“Saya rasa ia keputusan yang adil, kedua pasukan bermain baik... cuma kami tidak mempunyai nasib untuk mencipta lebih banyak peluang menjaringk­an gol,” katanya selepas tamat perlawanan.

FELDA memperoleh gol pada perlawanan ini menerusi Hadin Azman pada minit ke-87, manakala Kedah melalui Sandro Mendonca yang menyempurn­akan penalti pada minit ke-62.

Sathianath­an yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan berkata, dia akan melakukan perubahan taktikal drastik bagi menghadapi saingan kedua Sabtu ini.

Dia menjangkak­an FELDA United bakal berdepan tekanan hebat oleh pasukan tuan rumah selain penyokong mereka yang bakal membanjiri Stadium Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia