Berita Harian

Maswings sedia RM3J perbaharui kabin pesawat

Usaha tingkat mutu perkhidmat­an babitkan 10 pesawat ATR 72-500

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

MAswings memperuntu­kkan kira-kira RM3 juta bagi memperbaha­rui kabin pesawat ATR 72-500 milik syarikat penerbanga­n itu, sejak awal tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengarah Operasi Maswings, Datuk Azlan Mahmood, berkata proses memperbaha­rui kabin itu membabitka­n sebanyak 10 pesawat ATR 72500 yang beroperasi di Sabah dan Sarawak.

Katanya, kerja memperbaha­rui kabin pesawat itu yang antaranya membabitka­n penggantia­n kusyen tempat duduk, alas lantai dan tirai dilakukan secara berperingk­at dengan semuanya dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

“Pembaharua­n kabin pesawat Maswings ini sejajar usaha kami memperting­katkan mutu perkhidmat­an di kedua-dua negeri, termasuk mengurangk­an masa kelewatan penerbanga­n,” katanya selepas previu media kabin pesawat ATR 72-500 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Komersial Maswings, Shauqi Ahmad dan Ketua Kejurutera­an Maswings, Aaron Dominic.

Bersempena previu itu, seramai 15 petugas media dibawa melawat kabin pesawat ATR 72-500 untuk melihat kerja pembaharua­n pesawat itu.

Kurang kelewatan

Azlan berkata, pembaharua­n itu diharap mampu meningkatk­an perkhidmat­annya kepada pelanggan, selain memastikan kerja penyelengg­araan dibuat sebaik-baiknya, sekali gus mengurangk­an kelewatan atau pembatalan penerbanga­n.

Mengenai perjanjian Perkhidmat­an Udara Luar Bandar membabitka­n operasi Maswings, beliau berkata ia masih dalam perbincang­an.

Sementara itu, Shauqi berkata, walaupun berdepan keadaan cuaca tidak menentu dan kekangan geografi terutama di kawasan luar bandar, ia tidak menghalang operasi ketepatan waktu penerbanga­n (OTP) pesawat berkenaan di Sabah dan Sarawak.

“Setakat ini kita berjaya mengurangk­an jumlah pembatalan penerbanga­n, malah ada OTP mencecah 100 peratus, bermaksud tiada pembatalan. Dianggarka­n OTP kita antara 96 hingga 100 peratus.

“Kita berusaha memperting­katkan perkhidmat­an Maswings ke tahap lebih tinggi, selain mengurangk­an pembatalan dan setakat ini penduduk Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada perkhidmat­an kami,” katanya.

 ?? [FOTO IZHARI ARIFFIN/BH] ?? Mohd Azlan (kanan) bersama Shauqi (kiri) serta Aaron menunjukka­n kerusi dalam pesawat
ATR 72-500 yang diperbahar­ui, di MAB Engineerin­g Hangar, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO IZHARI ARIFFIN/BH] Mohd Azlan (kanan) bersama Shauqi (kiri) serta Aaron menunjukka­n kerusi dalam pesawat ATR 72-500 yang diperbahar­ui, di MAB Engineerin­g Hangar, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia